Tuesday 21 February 2017

Filled Under:

Tak Nak Jadi Mangsa Lembu Serang Cheetah.


 Di alam liar semua boleh terjadi. Mangsa boleh berbalik menyerang pemangsa. Tujuannya satu, untuk mempertahankan hidupnya. Kerana bagaimanapun, yang kuat yang akan berkuasa di alam liar. Mahu tidak mahu, haiwan-haiwan harus mampu bertahan daripada serangan.

Banyak sekali cerita yang diabadikan dalam rangkaian foto, bagaimana pemangsa berubah menjadi  mangsanya, walupun mereka tidak memakannya hanya menyakiti bahkan membuatnya mati. Seperti yang berlaku pada singa baru-baru ini di padang savana Afrika.

Kejadian sama juga menghampiri seekor pemangsa dari jenis kucing paling pantas di dunia, cheetah. Di mana ketika ia cuba mangsa bintang kesukaannya, lembu liar atau wildebeest, ia malah balik diserang dengan menggunakan tanduknya yeng berbahaya.

Kejaidian ini berjaya diabadikan oleh seorang jurugambar bernama Manoj Shah, di savana Masai Mara, Kenya.

Awalnya cheetah itu melihat calon mangsa yang dianggapnya berpotensi untuk diburu, lalu ia pun berlari mengejar seekor wildebeest. Dan buruan tersebut terkejut dan sempat lari, sebelum bahagian ekornya digigit oleh cheetah.

Tidak ingin menjadi santapan si cheetah, lembu liar itu berbalik arah dan cuba menanduk cheetah yang sudah letih berlari. Bahkan lembu tersebut menanduk cheetah sebelum akhirnya cheetah melarikan diri, cuba mengelakkan konfrontasi tersebut.

Cheetah memang tidak seperti singa yang mempunyai badan cukup besar. Maka tidak hairan jika kucing pemangsa ini mengelakkan tandukan lembu tersebut, kerana ia boleh saji mati masuk akal hanya demi sepotong daging dari buruan tersebut.










0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers