Monday, 20 February 2017

Filled Under:

Terungkai Misteri Penemuan Logam Dari Kapal Kuno.


Atlantis diduga merupakan bandar moden, yang telah menjadi mitos sejak lama.  Namun bukti bandar legenda ini pernah ada, masih belum terbukti.

Tetapi penyelidik yakin, jika Atlantis memang bukan mitos semata. Mereka terus memburu tempat dan lokasi di mana bandar ni pernah disebutkan dalam sejarah legenda. Dan kini sebuah logam yang dikatakan cukup aneh ditemui.

Logam tersebut dijumpai di sebuah kapal yang tenggelam kira-kira 2,600 tahun lalu. Yang didakwa dibawa dari Yunani, dan akan dihantar ke bandar Atlantis sebelum akhirnya karam di lepaspantai Sicily.

Selain itu, pasukan arkeologi juga mendapati 39 jongkong, yang dipercayai adalah 'orichalum', yang terkubur bersama bangkai kapal kira-kira 400 meter di bawah permukaan laut.



Jongkong adalah sebuah logam yang diperbuat daripada perpaduan antara tembaga dan zink, selain itu ada pula campuran nikel, timah dan besi. Dan logam in sangat berharga pada zaman tersebut.

Profesor Sebastiano Tusa, seorang ahli arkeologi dari pejabat Inspektor Laut di Sicily, mengaku logam yang mereka ditemui di sisa-sisa kapal itu sangat berharga.

"Tidak ada jenis sama yang pernah kami dapati. Dianggarkan kemalangan kapal ini berlaku sekitar abad keenam sebeum Masihi.," Ucap Tusa.

Kewujudan bandar Atlantis ini diperdebatkan di kalangan sejarawan dan ahli arkeologi. Beberapa percaya sepenuhnya fiksyen sementara yang lain mendakwa cerita dari 'Pulau Atlas' mungkin telah didasarkan pada lokasi sejarah nyata, yang tenggelam oleh naiknya permukaan air laut atau tsunami.




Contohnya bandar Mesir Heracleion, yang hilang kira-kira 1,200 tahun yang lalu. Ketika itu bandar ini ditelan oleh laut.

Sebahagian besar legenda Atlantis berasal dari karya ahli falsafah Yunani Plato, yang menggambarkan bagaimana bangsa yang besar tenggelam di bawah Lautan Atlantik, akibat tidak berterima kasih terhadap Dewa.




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs