Tuesday, 28 February 2017

Filled Under:

Tulang Rahang Pesakit Jadi Karya Seni.


Sebuah klinik plastic surgery di Seoul, Korea selatan mengumpulkan tulang rahang pesakit dan membuatnya menjadi karya seni dengan menyusunnya dalam dua ruang yang menjulang tinggi.

 Karya seni ini mungkin cukup bagi membuat bakal  pesakit untuk memikirkan kembali mengejar dagu yang sempurna. Karya seni ini lebih seram daripada filem seram, terdiri dari sekitar 1000 sisa tulang rahang yang disusun tinggi di sebuah klinik di daerah Gangnam, Seoul.

 Sukar membayangkan mengapa klinik mempunyai begitu banyak tulang dagu, namun itu menunjukan bahawa klinik itu terkenal. 

 Kini klinik itu telah membuang foto tersebut atas perintah pihak berkuasa. Potongan tulang itu diperintahkan untuk dibuang dan mereka akan menyiasat operasi pembedahan plastik yang dilakukan selama ini. Pihak klinik juga akan didenda kerana menyalahi prosedur pembuangan sisa anggota badan.
 
 Berikut adalah beberapa foto sebelum dan sesudah perempuan korea menjalani pembedahan dagu.








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs