Sunday 5 March 2017

Filled Under:

5 Abad Guna Jambatan Dari Jerami.


Semakin berkembangnya teknologi, membuat semua aktiviti yang kita lakukan semakin baik. Infrastruktur merupakan satu cara yang sangat penting bagi kita, dalam melakukan kegiatan sehari-harian.

Seperti jalan, jambatan dan kemudahan kenderaan membuat kita semakin maju. Tapi tidak dengan sebuah kampung yang terletak di Peru, selama lima abad lebih mereka melintasi jambatan yang diperbuat daripada jerami.

Persoalannya, bagaimana boleh jerami dibuat menjadi sebuah jambatan? Di sinilah uniknya. Masyarakat tradisional di kampung yang cukup terpinggir di gunung Peruvian di Cuzco, Peru, telah menggunakan jambatan yang dipintal dari jerami, hingga menjadi sebuah tali dan digunakan untuk membuat jambatan.



Jambatan ini telah ada sejak 500 tahun yang lalu, dan setiap tahun mereka mengemas kini dengan tali dari jerami yang baru. Agar setiap orang yang melintasi sungai Apurimac, tidak berasa was-was semasa menyeberang.

Jambatan sepanjang 40 meter ini juga, menjadi penghubung bagi sekitar 1,000 orang setiap harinya. Jambatan yang diberi nama Queswachaca ini juga telah dipelihara, dan tidak digantikan dengan jambatan konkrit atau tali besi.

Setiap tahun, lelaki dan wanita memintal jerami dari rumput yang tinggi dan sudah dikeringkan terlebih dahulu. Lalu mereka membuat dan menggabungkan ia menjadi sebuah tali yang cukup kuat, untuk dijadikan jambatan.

Walaupun diperbuat daripada jerami, jambatan ini cukup kukuh untuk menahan beban yang cukup berat.




















0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers