Monday 6 March 2017

Filled Under:

Klinik Khas Untuk Kelawar.


 Bagi kebanyakan kita, kelawar merupakan haiwan yang cukup mengerikan, kerana mempunyai taring dan aktif di malam hari. Selain itu, kelawar juga sering dikaitkan dengan makhluk penghisap darah, vampire.

Di sebahagian masyarakat juga, kelawar mempunyai reputasi yang cukup seram, ada mitos jika kelawar suka menculik mereka yang bekerja di malam hari. Tetapi bagi sukarelawan yang berada di Australia, kelawar merupakan sahabat dan haiwan yang perlu dipelihara.


 Bahkan kelawar yang ditinggalkan oleh ibunya, akan diurus di hospital khusus untuk kelawar, Bat Tolga, di Atherton, Australia. Mereka mengurus kelawar tersebut seperti anjing dan kucing, penuh kasih sayang.

Bukan hanya kelawar yang ditinggalkan induknya saja, tetapi mereka yang sakit dan lumpuh, serta tidak boleh terbang, diperlakukan sama, sebelum mereka boleh terbang dan kembali lagi ke habitat semula jadi mereka.

Hospital ini juga berfungsi sebagai tempat perlindungan bagi kelawar, yang telah tua dan bersara dari zoo.













0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers