Thursday, 9 March 2017

Filled Under:

Inilah Rupa Pikacu di Dunia Nyata.


Bentuk telinga haiwan PELIK  ini tentu sudah tidak asing buat anda. Ya, haiwan bernama Pika ini adalah sumber inspirasi tokoh anime Pikacu.

Foto-foto yang anda lihat ini adalah gambar pertama yang berjaya diambil selepas 20 tahun. Seperti yang boleh dilihat, Pika adalah haiwan berasal dari Hokaido, Jepun, yang sangat comel.

Foto ini diambil oleh pemuliharaan Li Weidong pada Julai lalu. Pika memang sangat sedikit jumlahnya bahkan hampir pupus kerana faktor cuaca dan perubahan lain di habitat.




Habitat Pika adalah di batu Tuan Shan, sebuah gunung yang terbentang antara Kyrgyzstan dan Xinjiang di kawasan utara China. Li juga mencari Pika lucu tersebut di antara batu-batu.

Selepas meninjau habitat asal Pika, Li menganggarkan populasi haiwan lucu ini telah berkurangan 70 peratus sejak pertama kali ditemui 30 tahun lalu. Selama masa ini, sekurang-kurangnya hanya tinggal seribu haiwan yang masih bertahan di alam liar. Menurut Li penurunan drastik ini tak boleh dielakkan kerana adanya pemanasan global dan penyakit.

Sejak pertama kali mencari spesies itu di tahun 1983, Li dan para sukarelawan berjuang sendiri untuk melakukan penyelidikan dan analisis. Kini, Li sudah berusia 60 tahun dan tidak lagi kuat naik gunung untuk berjumpa dengan makhluk comel ini. Ia semakin bimbang kerana China belum juga memasukkan Pika dalam senarai khas haiwan di bawah perlindungan China. Ia bimbang Pika benar-benar akan
pupus.






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs