Thursday, 9 March 2017

Filled Under:

Inilah Anjing Paling Kecil di Dunia.


Anjing jenis Chihuahua berasal dari Poland ini memang berjaya menarik perhatian orang ramai. Selain mempunyai wajah yang lucu dan comel, anjing bernama Toudi itu didakwa sebagai anjing terkecil di dunia. Boleh dipastikan anda pasti akan terpesona dengan kenakalannya.

Jika dilihat, Toudi mempunyai saiz sebesar tin minuman bersoda. Di usianya yang sudah setahun ini, ia bahkan hanya mempunyai berat sekitar 300 gram dengan tinggi 7 cm. Saiz Toudi lebih kecil dari adiknya yang berusia lebih muda tiga bulan darinya.




"Seronok memilikinya di tengah-tengah keluarga kami," kata pemilik Toudi. "Namun kami perlu berhati-hati apabila melangkah. Disebabkan oleh bulu sama dengan warna lantai kami."

Kerana ukurannya yang sangat kecil, Toudi pun kerap kali dikatakan mirip dengan hamster daripada seekor anjing. Si pemilik berharap anjing paling kecilnya itu boleh masuk dalam rekod dunia dengan gelaran Anjing Terkecil Sedunia.

Berikut video Toudi si anjing chihuahua berukuran paling kecil.:






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs