Thursday, 9 March 2017

Filled Under:

Kahwin Sebelum Meninggal.

 Sepasang kekasih di sini telah melangsungkan perkahwinan mereka di ruang menunggu hospital selepas bakal isterinya diberitahu hanya mempunyai masa dua hari untuk hidup baru-baru ini.

Jack Beniston, 22, dari Stamford, dekat sini mengahwini Michelle O’Connor, 32, di Hospital Bandar Peterborough sebagai tanda sokongan kepada teman wanitanya yang nazak akibat kanser serviks.

“Saya berkesempatan membawa kedua-dua belah keluarga dan kawan-kawan rapat untuk menyaksikan perkahwinan ini dengan dibantu oleh pihak hospital,” kata Beniston.

Pasangan itu yang telah berkenalan selama tiga tahun, pada mulanya merancang untuk melangsungkan perkahwinan selepas O’Connor selamat melahirkan anak perempuan mereka, Martha melalui pembedahan pada Jun tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat berbuat demikian apabila O’Connor disahkan menghidap kanser tahap empat selepas dua bulan melahirkan anak dan perlu menjalani rawatan di hospital.

O’Connor bagaimanapun meninggal dunia selepas empat minggu usia perkahwinan
.mereka. –








0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs