Tuesday, 7 March 2017

Filled Under:

Zoo Tawar Pengunjung di Kurung Dalam Sangkar.


 Zoo Parque Safari di Chile punya cara unik dalam menyelamatkan hidupan dari kepupusan.

Pada umumnya zoo mendatangkan hidupan yang benar-benar liar dari alam, namun
Zoo Parque Safari justru mengamalkan haiwan sarkas yang ditelantarkan pemiliknya.

Sebahagian besar hidupan di dalam zoo yang dirasmikan 9 tahun lalu ini sebelumnya sudah sangat akrab dengan kehidupan di kandang.

Kini mereka dibiarkan berkeliaran seperti di habitat. Sementara para pengunjung yang ingin menyaksikan mereka harus naik kereta yang direka seperti `kandang berjalan`.

Pengarah
Zoo Parquen Safari, Ivan Sanchez Lobos, ingin mencipta pengalaman bagaimana rasanya menjadi haiwan yang dikurung dalam kandang.

"Saya pergi ke zoo lain, di Amerika Syarikat, di Mexico, dan beberapa di Amerika Selatan. Saya melihat haiwan dikurung dalam kandang yang diberi keselamatan pagar elektrik," katanya.

"Saya tidak mahu itu, saya ingin haiwan jinak menjadi aktif sementara pengunjung boleh merasakan bagaimana rasanya dikurung dalam kandang," katanya.

Zoo Parque Safari seluas 2 hektar ini mengambil singa, beruang, monyet dan gajah dari sarkas di mana mereka telah diperlakukan secara tidak berperikebinatangan. Dan untuk itu, Zoo Parque Safari bekerja untuk memulihkan mereka.

"Pihak berkuasa Chile telah menyelamatkan haiwan-haiwan ini. Namun mereka tidak boleh dilepas di alam liar dan terpaksa dibawa ke sini. Mereka telah kehilangan kemampuan untuk memburu dan bertahan hidup di alam liar," kata Sanchez .

Sanchez menambah banyak juga hidupan yang terlalu lemah untuk berkeliaran hingga tetap dikurung dalam kandang, namun dengan keadaan yang lebih baik.












3 comments:

Nuffnang Ads

Followers