Friday 30 November 2012

Filled Under:

fuyo!! Tahniah! Hairie Othman Sudah Dapat Suri Pengganti




KL, 29 NOV 2012: Rasanya belum terlambat bagi Murai Batu untuk mengucapkan tahniah buat hero kacak Malaysia, Hairie Othman kerana sudah mendirikan rumahtangga buat kali yang kedua bersama gadis pilihannya, Dalia Diana Ruslan pada 16 NOvember 2012 yang lalu selepas sekian lama menduda.

Sebelum ini, Hairie Othman yang terkenal dengan wataknya sebagai Leftenan Adnan dalam filem epik arahan Aziz M Osman itu dpernah bernikah dengan Nazarita Abdullah Sani (Rita) di restoran milik mereka, Dulang Cafe, Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang pada 6 Disember 2003 serta dikurniakan dua cahayamata iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

Murai Batu difahamkan suri baru Hairie Othman ini adalaj anak seorang aktivitis politik serta VVIP dan majlis resepsi pasangan Raja Sehari ini juga baru saja berlalu di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.

Apapun tahniah sekali lagi buat Hairie Othman dengan Dalia Diana Ruslan. Mudaha-mudahan, hubungan mereka akan kekal hingga ke anak cucu.
MURAIBATU: Dengar kata Linda Onn tak sabar nak tengok konsert Jennifer Lopez, Ahad ini.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers