Friday 30 November 2012

Filled Under:

fuyo! Norish Karman Terima Mesin Basuh Daripada Bekas Suami

\

KUALA LUMPUR, 29 NOV 2012: Setelah ditimpa penyakit tulang belakang sekitar Oktober lalu, pelakon jelita Norish Karman akui dia telah menerima hadiah sebuah mesin basuh baju daripada bekas suaminya, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.
Norish Karman berkata hadiah itu diberikan kepadanya setelah bekas suaminya itu mengetahui dia telah jatuh jatuh sakit dan ada datang melawatnya baru-baru ini.
"Saya memang seorang yang suka membasuh baju menggunakan tangan sebab itu saya tidak pernah memiliki mesin basuh di rumah. Sebenarnya saya tidak suka menggunakan mesin basuh, kerana saya tahu ia hanya akan cepat merosakkan baju. Saya sayangkan baju-baju saya dan tidak suka jika melihat baju-baju cantik tidak lagi boleh digunakan.
"Bekas suami saya tahu akan tabiat saya ini dan selepas dia tahu saya sakit dia pun tanpa pengetahuan saya telah membelikan mesin basuh dirumah saya baru-baru ini," katanya yang ditemui murai.com.my.
Norish Karman memberitahu dia tidak terkejut dengan tindakan bekas suaminya itu kerana mereka masih mempunyai hubungan yang baik meskipun sudah berpisah.
"Hubungan kami masih baik dan dia juga masih ambil berat tentang saya. Kami menjaga hubungan ini demi kebajikan anak-anak kami. Lagipun saya yang menjaga anak-anaknya dan jika tidak ditakdirkan saya tiada, anak-anak ini akan menjadi amanah dia juga nanti ," jelasnya lagi.
Hasil perkahwinannya dengan bekas suaminya itu, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Muhammad Haqiem Armany, 13, Muhammad Hardy Amieran, 9, dan Putri Hany Amanda, 8. Norish juga dikurniakan seorang lagi anak bernama Haq Lutfie Alaxender yang berusia setahun.
Bercakap mengenai perkembangan kesihatannya kini, pelakon Spa Q itu berkata, dia masih lagi menjalani bebrapa tawaran terapi untuk sakit tulang belakangnya.
"Ramai sangka saya lumpuh, tetapi sebenarnya tidak kerana saya hanya mengalami kekoyakan tisu di bahagaian tulang belakang. Itu sahaja.
"Saya masih akan meneruskan terapi tiga kali seminggu sehingga hujung tahun ini. Meskipun begitu saya kini sudah boleh berjalan seperti biasa dan tidak perlu menggunakan kerusi roda lagi," tambahnya lagi.
Mengenai perkembangan terbaru, Norish yang bakal muncul dalam filem Kahwin 5 pada 27 Disember ini sedang dalam perancangan untuk mengarahkan sebuah program kanak-kanak untuk stesen terlevisyen.sumber






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers