Sunday 23 April 2017

Filled Under:

Restoran Scuba Yang Pertama di Dunia.


Jika anda telah menemui pelbagai restoran yang unik di seluruh dunia, mungkin belum dengan yang satu ini. The Pearl namanya, iaitu restoran scuba pertama di dunia. Berada di Brussels, Belgium, untuk sampai ke lokasi restoran ini anda perlu menyelam lengkap dengan peralatan menyelam.


Menggunakan "pearl" atau sejenis bola berukuran dua meter yang diletakkan di satu kolam renang terdalam yang pernah ada di dunia, anda boleh merasakan sensasi makan bersama yang romantis, dan tentu belum pernah terfikirkan sebelumnya.

Apabila sampai ke "pearl", seorang pelayan yang juga menggunakan peralatan Scuba akan menghampiri anda menyajikan hidangan menggunakan bekas khas. Meskipun makanan sudah ditentukan di dalam bekas, tetapi anda juga boleh menempah menu khusus, seperti udang salad dan wine.


Kami melancarkan restoran era baru. Meskipun semuanya kelihatan mudah, kami memerlukan masa hingga satu tahun kerja untuk dapat benar-benar mencipta restoran scuba ini, terutama untuk memperbaiki masalah sistem penghantaran makanan, "ungkap John Beernaerts, pengasas NEMO33 yang membina restoran scuba.

Untuk merasakan sensasi makan romantis di restoran selam ini, paling tidak anda perlu berbelanja sekitar  US $ 106  per orang.


Jom saksikan video berikut ini:






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers