Thursday 11 May 2017

Filled Under:

Air di Tasik Ini Paling Jernih di Dunia.


Blue Lake yang terletak di Taman Negara Nelson Lakes ini diiktiraf mempunyai kejernihan 'melampau' yang mampu mencapai kejernihan visual sehingga 80 meter!


Blue Lake  adalah tasik air tawar kecil yang terletak di Taman Negara Nelson Lakes, di bahagian utara banjaran Southern Alps, New Zealand.

Dalam satu kajian yang dijalankan pada tahun 2011, penyelidik daripada Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera (NIWA) mendapati bahawa tasik ini mempunyai kejelasan visual melampau sehingga 80 meter, yang dianggap sebagai hampir dengan "optically clear" sebagaimana air suling. 

Kejernihan Blue Lake juga mengatasi satu lagi tasik terkenal iaitu Te Waikoropupu Springs di Golden Bay yang mempunyai kejernihan visual kira-kira 63 meter.









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers