Wednesday, 24 May 2017

Filled Under:

Lahir Tanpa Lubang Hidung



Seperti pasangan lain, Brandi McGlathery dan Troy Thompson punya harapan masing-masing tentang wujud anak yang dikandung Troy. Brandi ingin anaknya lahir dengan rambut perang sedangkan Troy berharap  anaknya tidak mempunyai hidung seperti dirinya.

Beberapa waktu lalu, kata-kata tersebut hanyalah sekadar gurauan ketika mereka menunggu kelahiran bayi mereka. Namun apabila Eli terlahir, gurauan itu jadi ironi. Timothy Eli lahir tidak cukup bulan dengan keadaan sihat pada 4 Mac lalu dengan berat 3kg 8ons. Namun dia tidak mempunyai lubang hidung sama sekali.

Ketika pertama kali melihat wajah anak lelakinya, Brandi sangat terkejut. Doktor perlu membiarkannya berfikir  di bilik persalinan dulu sebelum Brandi menyusukan bayinya.




Hari berikutnya, para doktor memeriksanya lebih jauh dan membawa Eli ke Hospital Kanak-kanak di Amerika. Mereka fikir Eli tidak akan sanggup bertahan dengan kelainan malformation itu, tetapi mereka salah.

Selepas dipakaikan trakeatomi, Eli menjadi bayi ajaib yang bahagia. Namun tidak ada suara yang boleh dikeluarkan  bayi itu ketika menangis sehingga Brandi harus menjaganya setiap masa. Namun anak ketiga Brandi dan Troy yang lucu itu rupanya juga boleh bersin.

Memberikan pembedahan plastik untuk membuat hidung bagi Eli cukup mudah. Namun Brandi memutuskan untuk tidak menyentuh anaknya hingga Eli sendiri sudah cukup dewasa untuk memutuskan apa yang ia mahu dengan tubuhnya.

"Kami fikir dia sempurna seperti apa pun dia," kata Brandi. "Hingga suatu hari ia ingin mempunyai hidung, kami tidak akan menyentuhnya. Kami akan menghendakkannya hari demi hari."

Kisah ini kemudian diagihkan Brandi melalui laman Facebook dan menjadi fenomena. Banyak orang sangat terinspirasi dan berkeinginan untuk membantu. Laman Facebook itu sendiri kini sudah mendapat 77 ribu like.






0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs