Thursday, 11 May 2017

Filled Under:

Pantai Ini Terjadi Akibat Aktiviti Pengeboman


Banyak lokasi 'Hidden Beach' di dunia ini, namun tidak semuanya seunik pantai tersembunyi di Kepulauan Marietas, Mexico ini. Keunikan terletak pada pembentukannya - hasil daripada aktiviti pengeboman tentera pada zaman dahulu.


Kepulauan Marieta adalah gugusan kepulauan kecil yang tidak berpenghuni terletak beberapa kilometer di luar pantai Nayarit, Mexico. 

Sejak pulau-pulau ini dilabelkan sebagai taman negara oleh kerajaan Mexico, terdapat peningkatan dalam populasi hidupan laut kerana pulau-pulau telah dilindungi dari aktiviti aktiviti memancing dan memburu. 

Sejak beberapa tahun yang lepas, Kepulauan Marieta telah bertukar menjadi destinasi pelancongan yang popular disebabkan kaya dengan fauna seperti ikan paus, ikan lumba-lumba dan ikan pari. 

Di antara keajaiban semula jadi di pulau-pulau itu, salah satunya adalah "Playa del Amor" yang bermaksud "pantai cinta" tetapi biasanya dirujuk sebagai "Pantai tersembunyi". 
Pantai ini dipanggil sedemikian kerana ia sama sekali tersembunyi di dalam gua sinkhole, dan hanya boleh dicapai dengan berenang melalui terowong yang pendek dan sempit. 
Walaupun pantai itu sendiri adalah semula jadi, sinkhole yang mana di bawahnya terletak pantai tersebut dilaporkan adalah buatan manusia.

Kerajaan Mexico mula menggunakan pulau-pulau di situ sebagai tempat latihan ketenteraan sebelum Perang Dunia Pertama. 

Aktiviti pengeboman terkawal ini telah membentuk banyak gua dan pembentukan batu lain yang unik di Kepulauan Marietas. 

Menurut sumber, Pantai Tersembunyi di Marietas telah 'dicipta' akibat aktiviti pengeboman tentera seiring dengan hakisan semula jadi batu sekitarnya.










0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs