Friday 9 June 2017

Filled Under:

6 Alasan Kenapa Selalu Pening Ketika Berpuasa.




Ada kalanya puasa membuat anda rasa kurang selesa dan salah satu kesan yang dialami ramai wanita saat menjalankan puasa Ramadan adalah pening. Banyak orang berkata kamu kelaparan sehingga kepala terasa pening . Tapi ternyata bukan itu  alasan sebenarnya.

Ini sebab mengapa kita merasa pening saat berpuasa.

1. Tekanan darah yang turun
Apabila tekanan darah turun, kamu tidak seimbang. Puasa memang boleh menurunkan tekanan darah. Ada baiknya jika memilih makanan-makanan sihat dan kaya nutrisi masa buka dan sahur agar tekanan darah boleh stabil.

2. Turunnya kadar gula darah
Hipoglisemia atau turunnya kadar gula darah saat puasa wajar berlaku kerana tubuh tidak mendapat  karbohidrat dan gula dalam waktu tertentu. Sedangkan otak memerlukan pengambilan glukosa untuk berfungsi secara optimum. Atasi dengan makan makanan manis saat sahur sehingga keperluan glukosa otak tetap mencukupi.

3. Dehidrasi
Kurangnya minum ketika berbuka dan sahur boleh membuat anda dehidrasi. Dan ketika tubuh kurang cecair, salah satu kesannya adalah otak tidak boleh berfungsi secara optimum dan timbul rasa pening.

4. Minum kopi ketika  sahur
Jika kamu suka minum kopi setiap hari bahkan lebih daripada 3 cawan per hari, alamat d kamu bakal pening seharian. Kesan kafein sangat tidak sihat untuk otak. Namun tubuh akan mula terbiasa dan kesan ketagihan serta pening akan beransur berkurangan jika kamu juga mengurangkan pengambilan minuman berkafein.

5. Anemia
Kekurangan zat besi boleh membuat anda pening dan bahkan pengsan. Selalu berbuka dan sahur dengan makanan kaya zat besi agar tidak pening saat berpuasa.

6. Gangguan sinus
Jika anda sedang flu atau selesema, gangguan sinus boleh mengganggu keseimbangan tubuh sehingga kadang-kadang kamu mengalami kepala pening dan pusing. Bahkan jika kamu menundukkan kepala dan mengangkat kepala.






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers