Monday 19 June 2017

Filled Under:

KFC di China Jual Burger Warna Pink


 Menghasilkan sesuatu yang baharu dan unik kepada pelanggan, restoran makanan segera, Kentucky Fried Chicken (KFC) di sini menghasilkan menu burger ayam berwarna merah jambu yang menjadi bualan hangat di media sosial negara itu.

Roti burger unik itu turut disertakan dengan ayam panggang, keju, mayonis, tomato dan timun. Keju yang digunakan dikatakan mempunyai perasa bunga ros.

Satu set burger merah jambu dijual pada harga 17 Yuan (RM10.60) dengan sasaran pembeli dikhususkan kepada golongan wanita. Turut ditawarkan ialah burger berwarna hitam.





Ia dilakukan sebagai salah satu strategi pemasaran KFC berikutan syarikat itu mengalami kemerosotan penjualan sejak tiga tahun lalu.

Beberapa pelanggan yang mencuba burger merah jambu itu bagaimanapun memberikan reaksi negatif terhadap inovasi baharu tersebut.

“Keju burger tersebut tidak mempunyai rasa ros. Ia dikatakan keju ros disebabkan roti burger tersebut berwarna merah jambu,” kongsi seorang pelanggan. –Agensi.







0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers