Wednesday 7 June 2017

Filled Under:

Kurangkan Bau Mulut Ketika Puasa Dengan Tips Mudah Ini




Salah satu masalah besar yang selalu dialami setiap orang yang berpuasa adalah bau mulut. Bagi beberapa orang bau mulut cukup mengganggu aktiviti mereka sehari-hari. Terutama ketika harus berbincang berhampiran dengan rakan atau pelanggan. Anda tentu tidak ingin membuat mereka merasa kurang selesa bukan?

Bau mulut disebabkan kerana banyaknya bakteria yang bersarang di dalam mulut. Bakteria ini  berada di sana kerana mulut dibiarkan kering selama berjam-jam tanpa ada makanan atau minuman yang masuk. Saat berpuasa pengeluaran air liur pun berkurang, dan bakteria jadi terkumpul. Selain itu bau mulut juga disebabkan kerana perut berada dalam keadaan kosong untuk masa yang lama, sehingga merangsang timbulnya aroma yang tidak sedap.

Untuk mengurangkannya di bawah ini adalah tips mudah :


.Wudhu adalah salah satu cara menjaga kesihatan mulut ketika kita sedang berpuasa. Berkumur ketika wudhu dibenarkan, asal tidak dengan cara yang boleh membatalkan puasa.

.Kamu perlu menjaga pengambilan air walaupun sedang puasa. Disyorkan untuk mengambil 4 gelas air ketika berbuka dan 4 gelas air ketika sahur agar keperluan air tetap mencukupi dan tidak dehidrasi.

.Selepas sahur jangan terus tidur , beruslah gigi dan berkumurlah agar sisa makanan tidak mencetuskan pertumbuhan bakteria yang berlebihan di dalam mulut.

.Seboleh-bolehnya elakkan makanan-makanan yang boleh menimbulkan bau mulut seperti jering, petai, bawang, dan durian semasa puasa. Menu-menu ini akan memburukkan bau mulut anda.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers