Saturday 24 June 2017

Filled Under:

Warna Kuku Kerana Tidak Dapat Membezakan Bayi Kembar.


Mempunyai bayi kembar biasanya menjadi idaman kebanyakan pasangan. Meskipun begitu, bukan perkara yang mudah untuk membezakan bayi yang lahir serupa. Ibu di Pontypool, Wales, ini punya cara unik untuk membezakan ketiga-tiga bayinya.

Karen dan Ian Gilbert menghadapi masalah membezakan tiga bayi perempuan mereka yang wajahnya mirip satu sama lain. Alhasil, pasangan itu memutuskan untuk membezakan anak-anaknya dengan menggunakan cat kuku. Bayi bernama Ffion diberi warna cat kuku merah muda, sedangkan Maddison diberi warna hijau dan Paige berwarna ungu.

"Ini bukan mengenai fashion, kami benar-benar menghadapimasalah untuk membezakan mereka", kata ibu berusia 33 tahun itu, seperti yang dilaporkan oleh Dailymail. "Cara ini membuat kami lebih mudah untuk menukar lampin dan memberi makanan. Warna tersebut membantu kami mengetahui mana di antara bayi kami yang telah kami urus."

Mempunyai tiga bayi sekaligus juga membuat pasangan ini harus menyiapkan pakaian dan pengambilan makanan tambahan banyak. Keduanya wajib menyediakan 120 lampin dan 84 botol susu formula dalam seminggu.

Baru-baru ini, wajah Ffion, Maddison dan Paige juga terpampang di program "Casuality" dan drama keluarga "Stella". Ketiga-tiganya dapat saling bertukar peranan dalam satu skrin. Mereka juga dapat melakonkan adegan secara bergilir-gilir.

Ketiga kembar tersebut akan meraikan ulang tahun pertamanya pada hujung minggu ini. Karen dan Gilbert merancang merayakannya bersama. "Kami mempunyai tiga kerusi tolak dan sebuah kereta yang lebih besar dengan tujuh tempat duduk".

 









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers