Thursday 10 August 2017

Filled Under:

Anehnya Pokok Ini Kerana Buah Tidak Bertangkai


 Pokok yang berbuah biasanya buahnya mempunyai tangkai yang tergantung di batang pokok. Tapi tidak demikian dengan pokok yang pelik ini. Buahnya tidak mempunyai tangkai yang tergantung, melainkan melekat terus pada batang pokok. Pokok pelik apakah itu?

Bukan pokok unik namanya bila tidak punya daya tarik. Adalah pokok Jabuticaba,
pokok yang tumbuh di Amerika Selatan, tempatnya di dekat Bandar Sao Paulo, daerah Brazil selatan.

Pokok ini mempunyai buah berwarna hitam menyerupai anggur. Uniknya, buahnya tidak bertangkai tapi terus muncul dari kulit batang pokok. Sehingga kebanyakan orang mungkin akan berkata bukan buah tapi cendawan-cendawan yang melekat di pokok. Padahal itu adalah buah Jabuticaba.

Buah dari
pokok ini sejenis buah beri dan rasanya cukup sedap. Selain dimakan, buahnya juga boleh digunakan untuk membuat minuman wine. Jabuticaba wines merupakan minuman yang popular di daerah tersebut.

Di alam fauna, pokok Jabuticaba berbuah dua kali setiap tahun. Selain berwarna hitam, sebahagian yang lain buahnya ada yang berwarna hijau.











0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers