Saturday, 2 September 2017

Filled Under:

Berkahwin Melalui Siaran Radio.

Yan Mengxia dan Lu pastinya tidak akan melupakan hari perkahwinan mereka 1 Oktober lalu. Sebabnya mereka tidak berkahwin secara bersemuka kerana kesesakan teruk di China.

Lokasi perkahwinan Yan Mengxia dan Lu di Yongkang hanya sejauh 90 minit dari kediaman ibubapa penggantin perempuan, Yan, di Cixi. Namun kesesakan teruk yang terjadi saat itu membuat Yan dan keluarganya tidak boleh datang tepat waktu walaupun mereka telah bertolak pada  pukul 1 tengah hari waktu tempatan. Acara perkahwinannya sendiri dijadualkan berlangsung di malam hari.

Penggantin lelaki  yang sudah berada di lokasi perkahwinan akhirnya menghubungi FM93 Traffic Radio untuk menanyakan keadaan jalan yang membolehkan untuk sampai ke Yongkang tepat waktu. Tapi sayang, kesesakan teruk tidak boleh membuat kenderaan bergerak.

Lu akhirnya mememutuskan untuk berkahwin dengan Yan melalui radio dan penyampai radio pun bersetuju membantu mereka. Jadi perkahwinan jarak jauh tersebut didengari oleh seluruh pendengar radio tersebut. "Perkara ini sangat unik. Kami sama sekali tidak menyesal walaupun kami tidak berkahwin di lokasi perkahwinan," kata Lu pada wartawan.

Pasangan muda tersebut berkahwin  pada Selasa yang merupakan hari cuti panjang di negeri Tirai Bambu tersebut. Saat itu akan banyak masyarakat melancong dan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers