Sunday 29 October 2017

Filled Under:

Musim Bunga Pulau Seakan Kura kura Akan Muncul


Sebuah pulau yang berada di sungai Muodaoxi, China, mempunyai daya tarik tersendiri bagi para pelancong. Selain mempunyai bentuk unik yang menyerupai kura-kura, pulau ini juga jarang kelihatan di permukaan air.

Akhbar Daily Mail melaporkan bahawa penduduk tempatan menamakan pemandangan tersebut dengan '
kura-kura musim bunga yang timbul dari air'.

Di China,
kura-kura adalah simbol dari panjang umur. Pulau tersebut hanya muncul jika air mencapai ketinggian tertentu. Pulau berbentuk kura-kura itu akan nampak jika ketinggian air sungai Muodaoxi setinggi 163-168 meter. Sungai tersebut terletak di Three Gorges Reservoir Region dan airnya juga dikawal oleh pihak Three Gorges dam.

Pada musim bunga Three Gorges Reservoir akan membekalkan air ke kawasan hilir sehingga ketinggian air akan menurun. Saat itulah pemandangan Pulau Kura-Kura sangat molek untuk dinikmati.

Seiring dengan berjalannya waktu, tapak pelancongan tersebut kini sudah semakin popular di kalangan pelancong. Banyak pelancong yang melawat kawasan tersebut hanya untuk mengambil foto unik pulau tersebut.








0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers