Saturday 9 December 2017

Filled Under:

Ini Tangan Bionik Pertama di Dunia.


Sekumpulan saintis di sini berjaya menghasilkan rekaan tangan bionik pertama di dunia yang pernah digunakan watak utama, Luke Skywalker dalam filem epik Star Wars baru-baru ini.

Ketua projek, Dr. Kianoush Nazarpour dari Universiti Newcastle berkata, buat kali pertamanya, tangan bionik itu akan dapat berkomunikasi secara terus dengan otak dan menghantar maklumat tepat pada masanya termasuk mengenai suhu dan tekanan.

Ciptaan itu menyebabkan kumpulan saintis tersebut menerima dana bernilai £1.4 juta (RM7.8 juta) yang dibiayai Majlis Penyelidikan Kejuruteraan dan Sains Fizikal Britain bagi merealisasikan sains fiksyen kepada kehidupan semula jadi.

“Ini bermakna, seseorang yang menggunakan tangan bionik mampu menggenggam sesuatu objek, merasai suhu panas atau sejuk dan bertindak balas secara langsung dengan otak,” kata Nazarpour. – Agensi









0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers