Friday 8 December 2017

Filled Under:

Pengantin Ini Diiringi 130 Orang Pengapit.


 Majlis perkahwinan seorang penyampai radio di sini baru-baru ini berlangsung penuh meriah apabila dia dan pasangannya diiringi oleh 130 orang pengapit sekali gus mencatat rekod dalam Guinness World Records.

Penyampai radio stesen All Star FM itu, Alex Simmons, 32, dan isterinya, Amy Ewing, 26, mengadakan majlis perkahwinan mereka di Taman Rudding, Harrogate, utara Yorkshire.

Sebelum ini, rekod pengapit paling ramai dipegang oleh pasangan dari Sri Lanka yang memiliki 126 pengapit ketika melangsungkan perkahwinan.

“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk memujuk Amy supaya menerima lamaran saya walaupun kami baru sahaja berkenalan,” kata Simmons.

Berkenalan pada tahun 2014, Simmons dan Ewing juga berjaya memenangi hadiah berjumlah £110,000 (RM618,318) dalam satu pertandingan merancang majlis perkahwinan di laman sosial Facebook. - Agensi












0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers