Friday, 8 December 2017

Filled Under:

Inilah Aiskrim Termahal di Dunia.


Ramai orang menyukai ais krim, baik dari kalangan kanak-kanak hingga orang dewasa. Alasannya adalah ais krim boleh menghilangkan dahaga saat haus dan juga mempunyai variasi rasa yang bermacam-macam. Tapi kalau ingin merasakan ais krim yang lain daripada yang lain, kamu boleh cuba terbang ke Kota Dubai, UAE.

Dubai dikenali sebagai bandar yang mempunyai bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Tidak hanya itu, kawasan metropolis di tengah padang pasir ini juga menjadi bandar dengan shopping komplek terbesar dan cupcake yang didakwa sebagai termahal di dunia. Namun seolah-olah perkara tersebut masih belum cukup menjadikan Dubai sebagai pusat sensasi di dunia.


 Baru-baru ini, sebuah cafe bernama Scoopi Cafe yang terletak di Al Wasl Road menjual ais krim yang harganya cukup hebat, iaitu mencapai US $ 816 . Apa yang membuat ais krim tersebut begitu mahal?

Ais krim yang digelar Black Diamond ini diperbuat daripada ais krim Madagascar yang eksotik. Saffron atau kuma-kuma paling mahal sengaja didatangkan dari Iran. Sedangkan hirisan truffle hitam didatangkan terus dari Itali, namun bahan paling mahal dari Black Diamond adalah serpihan kecil emas 23 karat yang boleh dimakan dan ditaburkan di atas ais krim.




"Banyak ais krim yang popular di bandar ini harganya lebih murah," kata pemilik kafe, Zubin Doshi s. "Tapi kami berharap pelanggan Dubai semakin aspiratif dan bersedia membayar mahal untuk produk premium seperti Black Diamond."




0 comments:

Post a Comment

Followers

networkblogs