Sunday, 15 April 2018

Filled Under:

Kanak kanak Kemoja Jadikan Labah Tarantula Sebagai Snek


Labah Labah tarantula yang terkenal sangat ganas dan beracun tidak ditakuti bagi kanak kanak kecil di pedalaman Kemboja Desa trov Pheang CTAS, bahkan menjadi makanan kegemaran mereka sehari-hari. Dengan tangan tak perisai, anak-anak ini menangkap tarantula. Kemudian haiwan itu dibersihkan serta disapukan dengan mentega.

"Goreng. Lalu gap! Tarantula masuk ke mulut si anak," tulis laman berita Daily Mail.

Jurugambar berbangsa inggeris, George Nickles, yang mengambil gambar kehidupan di Desa trov Pheang CTAS, hanya terdiam melihat hal itu. "Mereka begitu santai memburu tarantula, seperti kanak-kanak Inggeris yang tengah menuai strawberi," kata Nickles.




Saya terkejut. "Tarantula, tikus, cicak, katak, dan kalajengking merupakan menu biasa yang kerap dimakan warga Kemboja. Namun tidak ada rekod yang menunjukkan sejak berdekad mereka memakan haiwan beracun atau berbisa.

"Beberapa sumber mengatakan kebiasaan itu muncul sejak pasukan Khmer Merah berkuasa di Kemboja," kata Nickles. "Banyak warga yang kelaparan, hingga nekad memakan haiwan berbahaya."






Tarantula-tarantula itu kemudian dibersihkan lalu digoreng dengan mentega atau minyak. Meski kelihatan berbahaya, tapi tarantula itu tidak mematikan. Sengatannya hanya terasa seperti sengatan lebah. Tarantula di Kemboja ini dari jenis tarantula zebra Thailand, atau Haplopelma albostriatum.

Dalam memburu tarantula, anak-anak Kemboja terkadang membekali diri mereka dengan buluh atau cangkul. Dengan alat itu, mereka gali sarang tarantula. Begitu si haiwan keluar, hup! Ditangkaplah binatang itu. "Mereka pegang bahagian punggung tarantula agar terhindar dari gigitannya,'' kata Nickles.




0 comments:

Post a Comment

Followers