Thursday, 10 January 2019

Filled Under:

Ombak Berwajah Misteri


Seorang jurugambar berjaya merakam satu wajah misteri menyeramkan yang muncul ketika dua ombak besar bertembung di bawah pancaran matahari di Tasik Erie, Amerika Utara baru-baru ini.

Trevor Pottelberg, 42, yang merupakan pensyarah fotografi di Kanada berpendapat, wajah misteri itu mungkin roh kelasi yang terkorban semasa kapalnya karam di kawasan laut berhampiran.



Menurut laporan, gambar itu dirakam di kawasan Port Stanley di sini sewaktu angin kencang meniup permukaan air sekali gus membentuk ombak.
“Saya merasakan ia roh seorang kelasi yang karam bersama kapal mereka. Ia kemudiannya dikejutkan dan bangkit semasa ribut kuat,” katanya. –Kosmo.my




1 comments:

Followers