Seorang lelaki di sini mengaku pernah menjalin hubungan cinta dengan seekor lipas betina yang dinamakan Lisa selama setahun sebelum serangga itu mati.
Yuma Shinohara, 25, menyifatkan ‘mendiang kekasih’ itu jauh lebih menarik berbanding mana-mana wanita yang dikenalinya. Dia menyatakan Lisa ialah cinta pandang pertamanya.
Shinohara yang suka memakan serangga dilaporkan membeli Lisa, lipas dipercayai jenis Madagascar hissing di sebuah ladang lipas di Afrika.
Selepas Lisa mati, Shinohara mendakwa telah memakan serangga itu dan kini menganggap lipas tersebut telah bersatu dalam badannya.
“Pada hari kematian Lisa, ia merupakan detik-detik yang sukar. Namun, saya mengetahui kematian itu akan datang kerana lipas mempunyai jangka hidup yang singkat,” katanya. – Agensi
Jom saksikan video berikut ini:
kaya yang enak gitu serangga di jadiakn cemilan
ReplyDelete