Monday, 11 February 2019

Filled Under:

Durian Berharga Lebih RM4,000 Sebiji.



Sejenis durian yang jarang didapati dijual pada harga 14 juta rupiah (RM4,082) sebiji di pasar raya di sebuah bandar di Indonesia, lapor agensi berita dpa semalam

Pasar raya di bandar Tasikmalaya, Jawa Barat itu berjaya menjual dua biji durian berkenaan yang diberi nama J-Queen pada hari pertama ia dijual di sebalik harganya yang begitu tinggi, demikian menurut laman be­rita Kompas.




Buah durian tersebut juga menjadi topik perbualan hangat di Tasikmalaya di mana pekerja ditawarkan gaji minimum sebanyak dua juta rupiah (RM583) sebulan.

Ramai pengunjung pasar raya itu mengambil kesempatan untuk me­rakam swafoto di sisi Raja Buah tersebut.

“Lebih baik saya beli sebuah motosikal pada harga itu dan saya boleh menggunakannya selama 10 tahun,” kata seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama R.Balqis

Seorang lelaki dikenali sebagai Aka yang menghasilkan J-Queen de­ngan mengacukkan dua jenis durian bermutu tinggi di Indonesia berkata, durian itu mempunyai rasa seperti mentega kacang dan berbentuk bulat.



Buah durian, kata Aka, biasanya berbentuk lonjong.

“Saya satu-satunya orang yang memiliki pokok durian yang jarang didapati ini,” dia dipetik sebagai berkata oleh Kompas. – Agensi.

Jom saksikan video berikut ini:






1 comments:

Followers