Wednesday 20 March 2019

Filled Under:

Rumah Mistik Yang Menyeramkan




Oktober sinonim dengan perayaan Halloween. Tidak cukup hanya mengadakan "pesta seram" di rumah, beberapa orang bahkan ada yang memilih mengelilingi dunia dan menyaksikan lokasi-lokasi penuh misteri di seluruh dunia. Anda ingin jadi salah satunya?Jika anda senang bercuti dan ingin menikmati kengerian yang timbul dalam banggunan-2 tua, jangan lupa lawat  lokasi-lokasi ini. Bangunan-2 misteri ini masing-masing mempunyai reka bentuk luar biasa indah, tapi sekaligus juga sangat menyeramkan.

Istana berhantu di Scotland


 


Scotland mempunyai banyak istana dan bangunan-bangunan seperti itu. Tidak semuanya memang, namun penduduk tempatan mengatakan, bahawa sebahagian dari istana-istana tersebut mempunyai "ahli" yang tidak kelihatan."Penghuni" tersebut adalah arwah manusia (yang telah mati) yang masih mendiami istana. Istana Glamis, contohnya. Menurut khabar yang beredar, istana ini merupakan istana yang paling berhantu.

Bertemu Drakula di Romania

 

Istana memang terkenal dengan hal-hal misteri. Setelah berjalan-jalan di Scotland, jangan lupa ke Transylvania, Romania. Tempat ini adalah lokasi yang paling tepat bagi anda penggemar drakula.Sebenarnya, dracula adalah hantu rekaan yang dicipta oleh Bram Stoker. Watak ini mendiami Istana Bran dalam cerita donggeng Stoker.Namun, jangan kecewa dulu. Jika masih tertarik dengan vampire, kunjungilah Istana Poienari di atas gunung. Anda akan "merasakan" situasi yang hampir sama dengan persekitaran tempat tinggal Count Dracula.

Napak Tilas Jack the Ripper


 
Jalan sambil makan angin di Whitechapel, London Timur, Inggeris, adalah lokasi pembunuhan berantai. Jack the Ripper disebut-sebut telah membunuh para kaum pelacuran di sepanjang jalan ini.Anda ingin "mencuba berkomunikasi" dengan mangsa-mangsanya? Cubalah melawat jalan ini. Jika tidak, anda  tetap dapat menikmati keindahan London dan bangunan-bangunan tuanya kala malam hari.jangan sekali anda melanggani pelacur di sana , ingat tuhan 

Le Manoir de Paris

 
Paris, yang terkenal sebagai Kota Cahaya, ternyata mempunyai banggunan yang  gelap. Ingin merasakannya? Datang saja ke Manoir de Paris. Di tempat ini, anda akan menyaksikan cerita-cerita seram mulai dari Phantom of the Opera, Vampire Cave, dan masih banyak lagi.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers