Tuesday 26 March 2019

Filled Under:

Spesies Katak Kerdil Ditemui di India


Satu spesies baharu katak kerdil yang mempunyai corak badan seperti bintang di langit telah ditemui di kawasan banjaran pergunungan Ghats Barat, India.

Penemuan itu dibuat Felo Universiti George Washington, Dr. Seenapuram Palaniswamy Vijayakumar bersama seorang rakannya dalam satu ekspedisi beberapa tahun lalu sebelum disahkan Kurator Muzium Sejarah Semula Jadi Florida, Dr. David Blackburn baru-baru ini.



“Ketika kami menemui katak itu beberapa tahun lalu, saya tidak begitu teruja tetapi siapa sangka amfibia kecil itu menjadi begitu menarik sekarang. Kami tidak pernah melihat hidupan seperti ini,” kata Vijayakumar.

Amfibia itu dinamakan Astrobatrachus kurichiyana sempena tanda seperti kerdipan bintang pada kulitnya dan penduduk pribumi Kurichiyarmala di banjaran gunung tempat ia ditemui.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan imbasan tomografi berkomputer (CT) mengesahkan katak itu spesies serta susur galurnya mewakili keluarga fauna baharu yang diklasifikasikan saintis sebagai Astrobatrachinae.

‘Katak ini daripada sebuah keluarga purba yang bertahan sejak berpuluh juta tahun lalu. Kita sepatutnya meraikan penemuan makhluk purba ini yang masih mampu hidup hingga sekarang,” tambah Vijayakumar. – Agensi




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers