Sunday 19 January 2020

Filled Under:

Rusa Bertaring Seperti Vampire

 Para penyelidik dari Wildlife Conservation Society (WCS) digemparkan oleh penemuan seekor rusa bertaring di wilayah timur Afghanistan beberapa masa lalu. Rusa jenis Kashmir kasturi pada awalnya sudah dinyatakan pupus oleh penyelidik WCS.

"Rusia jenis ini sudah tidak kelihatan selama kurang lebih 60 tahun terakhir," kata pihak WCS. Disiarkan Mirror, Rusia ini diketahui terakhir dilihat pada tahun 1948 oleh seorang penyelidik Denmark, di wilayah yang sama.

WCS berjaya mengesan lima pergerakan rus kasturi di hutan-hutan yanga di wilayah Afghanistan timur. "Kami berjaya menemui rusa jantan yang dikesan di lima lokasi, serta seekor betina dengan anaknya di satu lokasi di hutan di Afghanistan timur," kata Timbalan Pengarah Program Asia WCS, Peter Zähler.

Menurut Zähler, Rusia ini adalah harta paling berharaga dalam dunia fauna yang ada di wilayah Afghanistan. Rusa kasturi, bersama dengan harimau salji masuk kedalam haiwan yang dianggap hampir pupus, kerana keberadaannya yang sangat jarang berlaku.

Dirinya berharap dapat segera memindahkan rusa-rusa tersebut ke tempat yang lebih selamat. "Kami berharap cuaca akan bertambah baik, sehingga kami boleh memulakan proses penempatan semula rusa-rusa itu ke dalam kurungan," katanya.








1 comments:

Nuffnang Ads

Followers