Showing posts with label berita dunia pelik. Show all posts
Showing posts with label berita dunia pelik. Show all posts

Saturday, 12 December 2015

Video.Seluar Terlondeh Ketika Terima Anugerah.



Seorang aktivis hak asasi manusia malu besar selepas seluarnya terlondeh ketika dia menerima satu anugerah daripada Presiden Croatia, Kolinda Grabar-Kitarovic di Zagreb kelmarin.

Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Helsinki di Croatia, Ivan Zvonimir Cicak baru memegang anugerah tersebut ketika seluarnya tiba-tiba jatuh hingga ke pergelangan kakinya di hadapan media tempatan dan antarabangsa.

Cicak bagaimanapun bertindak pantas menarik kembali dan membetulkan seluarnya.

Dia bernasib baik kerana seluar dalamnya tidak kelihatan apabila dilindungi sijil besar anugerah tersebut yang dipegang Grabar-Kitarovic sekali gus mengelakkan kejadian lebih memalukan kepada warga emas itu.

Grabar-Kitarovic juga kelihatan kekal tenang dan bertindak secara diplomatik melindungi ‘kehormatan’ ketua hak asasi negaranya sepanjang insiden itu meskipun turut tersenyum ketika melihat Cicak tunduk untuk menarik kembali seluarnya.

Kebanyakan individu lain yang berdiri bersama Grabar-Kitarovic dan Cicak ketika majlis tersebut tidak menyedari kejadian itu kerana sedang menumpukan perhatian ke arah kamera.

Anugerah itu disampaikan kepada Cicak dan ahli-ahli jawatankuasa tersebut untuk hasil kerja mereka menjelang Hari Hak Asasi Manusia antarabangsa 2015 yang disambut pada 10 Disember setiap tahun. – Agensi.








Saturday, 8 June 2013

Pelajar Dilarang Pakai Colli Berkancing Besi Di China.


Pegawai pastikan tiada penipuan peperiksaan masuk universiti seluruh China

Beijing: Langkah keselamatan luar biasa diambil untuk memastikan tiada penipuan berlaku ketika sembilan juta pelajar menduduki peperiksaan kemasukan universiti di seluruh China.

Seorang pelajar diperiksa sebelum masuk ke bilik peperiksaan di Jilin, wilayah Timur Laut China.

Peperiksaan yang bermula semalam menyaksikan pihak berkuasa pendidikan turut melarang pelajar memakai coli berkancing besi.
Di wilayah timur laut Jilin, pelajar dilarang memakai pakaian ada besi di dalamnya.

Pihak berkuasa pendidikan memasang alat di pusat peperiksaan untuk mengesan ‘alat penipuan tanpa wayar’, lapor akhbar Global Times.

Petugas peperiksaan memeriksa isyarat radio bagi memastikan tiada pelajar menipu di pusat peperiksaan Qingdao, wilayah Shandong, Timur China.


Pelajar guna telefon pintar

Pihak berkuasa berhati-hati mengenai kemungkinan calon menggunakan alat seperti telefon pintar yang lebih kecil dan mudah untuk disembunyikan sebagai alat bantuan ketika ujian berlangsung.

Seramai 9.12 juta pelajar sekolah tinggi berdaftar di seluruh China untuk menduduki peperiksaan penting selama dua hari yang dipanggil ‘gaokao’, menurut laporan yang memetik Kementerian Pendidikan.
Pihak berkuasa berusaha membanteras penjualan alat berteknologi tinggi bertujuan menipu dalam peperiksaan itu, lapor Global Times.

Ada juga langkah yang diambil bertujuan memastikan pelajar tiba di pusat peperiksaan tepat pada masanya dianggap keterlaluan.

Antara gambar yang dikirimkan di internet menunjukkan kereta bomba juga digunakan untuk menghantar seorang pelajar berpakaian seragam ke pusat peperiksaan di sebuah kawasan pedalaman Mongolia.

Bandar Guangzhou pula memperkenalkan laluan khas kenderaan yang membawa pelajar ke pusat peperiksaan, lapor media tempatan. - AFP


sumber


Wednesday, 5 June 2013

Pelik ! Lintah merah jambu terdapat di Australia

GAMBAR yang tidak bertarikh menunjukkan seekor lintah berwarna merah jambu di kawasan sekitar Gunung Kaputar, New South Wales, Australia.- AFP

 

SYDNEY - Lintah-lintah berwarna merah jambu hanya terdapat di kawasan Gunung Kaputar di negeri New South Wales, Australia.
Sebelum ini, sejumlah penduduk tempatan telah melaporkan tentang penemuan lintah gergasi itu selepas hujan turun.
Lintah tersebut boleh membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Haiwan itu bersembunyi di sebalik daun-daun.
Beberapa pengkaji spesies haiwan baru-baru ini mengesahkan, haiwan tersebut merupakan spesies lintah merah yang dikenali secara rasmi sebagai Triboniophorus graeffi.








 


Sunday, 2 June 2013

Buaya air masin sambut hari lahir ke-110 tahun



BUAYA air masin terbesar di dunia yang dipelihara, Cassius mendekati kek hari lahirnya yang dibentuk daripada gumpalan leher ayam di dalam kurungannya di Pulau Green, Australia kelmarin.- AFP



MELBOURNE - Seekor buaya air masin terbesar di dunia, Cassius menyambut hari lahirnya yang ke-110 tahun kelmarin.
Buaya itu diberikan kek yang diperbuat daripada leher ayam seberat 20 kilogram (kg) di dalam kurungannya di Pulau Green, Queensland.

"Dia memakan kek itu kurang 30 minit," kata seornag pakar pengendali buaya, Billy Craig kepada agensi berita Australian Associated Press.
Buaya itu sepanjang 5.48 meter (m) kerap memakan ayam seberat 1kg dan ikan pada setiap hari.

Pada tahun 2011, buaya itu diisytiharkan oleh pihak Guinness World Records sebagai yang paling besar pernah dipelihara.
Haiwan itu dinobatkan sebagai buaya air masin terbesar di dunia selepas buaya Lolong sepanjang 6.17m mati di dalam kurungan di Filipina.




Pelik ! Syiling Punyai Tulisan Huruf Arab Ditemui Di Australia






GAMBAR menunjukkan syiling yang mempunyai tulisan seperti huruf Arab yang ditemui di utara Australia. -




LONDON - Lima syiling tembaga yang mempunyai perkataan seperti tulisan Arab yang ditemui di utara Australia pada tahun 1944 dipercayai berasal dari Afrika, lapor akhbar dalam talian MailOnline semalam.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Indiana, Amerika Syarikat kini mahu mencari jawapan bagaimana syiling berusia ribuan tahun itu boleh berada di Australia.
Menurut kajian mereka, Australia mungkin telah ditemui enam abad sebelum seorang penjelajah terkenal dari Britain, Kapten James Cook tiba pada tahun 1770.

Warga Eropah yang terawal tiba di Australia sebelum Cook ialah seorang ahli pelayaran dari Belanda, Willem Janszoon pada tahun 1606.
Penduduk asli Australia pula dipercayai tiba di Australia dengan perahu dari Kepulauan Melayu antara tahun 40,000 hingga 60,000 tahun lalu.
Ketua penyelidik itu, Ian McIntosh dari Australia meny
atakan, syiling itu ditemui oleh seorang askar, Maurie Isenberg pada tahun 1944 semasa Perang Dunia Kedua.
Isenberg bertugas di Kepulauan Wessel di pantai utara Australia.
Askar Australia itu menemui syiling tersebut tertanam di dalam pasir.

Pada tahun 1979, Isenberg menghantar syiling tersebut ke sebuah muzium Australia supaya kajian dibuat tentang bagaimana ia boleh tiba di utara negara itu.
Isenberg juga menemui empat syiling pada era Syarikat Hindia Timur Belanda.
Penemuan itu menyokong dakwaan bahawa penjelajah Belanda menemui Australia lebih awal daripada Cook.



Friday, 31 May 2013

Apa ! Starbucks di Hong Kong Guna Air Tandas Buat Kopi ?

GAMBAR menunjukkan sebuah kafe Starbucks yang terletak di sebuah daerah perniagaan di Hong Kong semalam.

HONG KONG - Sebuah kafe Starbucks di sebuah daerah perniagaan di sini mencetuskan kemarahan penduduk semalam kerana ia menggunakan air untuk membuat kopi dari paip di dalam sebuah tandas. 

Kafe tersebut terletak di dekat Menara Bank of China telah menggunakan paip air tersebut sejak ia dibuka pada Oktober 2011.

Imej-imej dalam akhbar Apple Daily menunjukkan paip air itu mengandungi label yang menyatakan ia hanya untuk kegunaan Starbucks.
Seorang pengguna Facebook memberikan komen tentang penggunaan air tersebut di akaun kafe tersebut.

"Saya kini bimbang apabila membeli kopi dari Starbucks. Siapa yang tahu kafe-kafe lain turut menggunakan kaedah yang sama," kata pengguna Facebook itu, Kevin L.
Bekalan air itu diambil lima kali sehari oleh kakitangan-kakitangan kafe tersebut dari paip di dalam sebuah tandas berdekatan, kata pihak Starbucks kepada AFP.

"Kami tidak ada bekalan air secara langsung untuk penggunaan kafe. Keadaan itu menyebabkan kami terpaksa memperoleh air minuman dari sumber terdekat," kata jurucakap Starbucks, Wendy Pang.
Menurutnya, air yang diambil dari tandas itu akan ditapis di dalam kafe itu bagi memastikan ia memenuhi piawaian tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia. - AFP


sumber;http://kosmo.com.my


Wow !! Ibu hamil kembar lima

KINOVA yang hamil duduk di atas sofa di sebuah hospital di Prague kelmarin.

PRAGUE - Seorang wanita berusia 23 tahun, Alexandra Kinova dijangka melahirkan anak kembar lima di sebuah hospital di sini pada Ahad ini.

Menurut laporan akhbar dalam talian MailOnline semalam, dia akan menjalani pembedahan untuk melahirkan anak kembar lima itu.

Kinova juga merupakan wanita pertama di Republik Czech yang hamil kembar lima tanpa menjalani rawatan kesuburan.

Dia sebelum ini telah mempunyai seorang anak lelaki.

Bagaimanapun, Kinova hanya menyedari bahawa dia hamil kembar lima pada bulan lalu.
Pada mulanya, doktor menyatakan dia akan hanya melahirkan anak kembar.

Namun, pada Mac lalu, beberapa kakitangan di Institut Penjagaan Ibu dan Kanak-Kanak di sini menyatakan, dia hamil kembar empat.

Sebulan kemudian, dia akhirnya didapati mengandung anak kembar lima.

Kinova berkata, dia berasal dari keturunan yang melahirkan anak kembar.

Dia juga merancang un-tuk menyusukan semua anak-anaknya itu. - Agensi

sumber;http://kosmo.com.my


Thursday, 30 May 2013

Kuda terjatuh ke dalam perigi






BEBERAPA anggota penyelamat menggunakan kren untuk menyelamatkan kuda yang bernama Buddy yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di San Rafael, California pada Isnin lalu.- AP


SAN RAFAEL, California - Beberapa anggota penyelamat menggunakan kren untuk mengangkat keluar seekor kuda yang terjatuh ke dalam sebuah perigi di sini pada Isnin lalu.

Kuda tersebut yang jatuh itu diselamatkan oleh anggota-anggota bomba, doktor veterinar dan seorang pengendali kren di sebuah ladang kecil.

Akhbar Marin Independent Journal melaporkan, kuda yang bernama Buddy itu terjatuh selepas penutup perigi tersebut dibuka.

Kren itu digunakan dalam kerja-kerja menyelamat kerana haiwan itu memiliki berat lebih 453.59 kilogram. - AP


Nenek berusia 72 tahun sertai kelas tarian tiang

HO (depan, kanan) menyertai kelas tarian tiang di Singapura kelmarin.- REUTERS

SINGAPURA - Seorang nenek berusia 72 tahun, Eva Ho menyertai kelas tarian tiang di sini pada setiap minggu. Ho merupakan bekas pesakit kanser payudara yang masih hidup dan dia mengekalkan kecergasan dirinya dengan menyertai kelas tarian itu.

Wanita yang berasal dari Sweden itu menyertai kelas tersebut bersama anggota-anggota sebuah pasukan perahu naga, Pink Spartan.

Pasukan perahu itu disertai oleh wanita-wanita yang pernah menghidap kanser.
Tarian tiang itu merupakan senaman untuk anggota-anggota pasukan tersebut melakukan persediaan sebelum mereka mendayung. 

Ho mempunyai tiga orang anak dan lapan cucu itu merupakan penduduk tetap di negara ini.

Dia menetap di sini selepas berkahwin dengan seorang warga Singapura. - Agensi 






Wednesday, 29 May 2013

Suami Isteri Bergaduh Kerana American Idol


- Pennsylvania : Sepasang suami isteri ditahan selepas terlibat dalam satu pergaduhan hanya disebabkan mereka tidak sependapat mengenai siapa yang bakal memenangi pertandingan American Idol tahun ini. 

Karen Elaine Harrelson, 48, dan Gregory L. Stambaugh, 57, telah ditangkap selepas mereka saling menikam antara satu sama lain.
American Idol itu dimenangi oleh Candice Glover.

Menurut affidavit mahkamah, Stambaugh telah memaklumkan kepada mahkamah bahawa Harrelson telah minum minuman keras seawal jam 5 pagi.

Sebaliknya Stambaugh pula mendakwa dia hanya minum bir pada waktu tengahari.
Sebaik sahaja kedua-duanya bertengkar mengenai siapa yang patut menjuarai American Idol iaitu Candice Glover atau Kree Harrison, pasangan itu kemudiannya bertindak ganas.
Kedua-duanya telah menuju ke dapur sebelum menggenggam pisau dan mula tikam menikam antara satu sama lain.

Ketika polis sampai di rumah mereka, kedua-duanya terbaring di depan rumah dalam keadaan berlumuran darah, namun masih berbalah.

Kedua-duanya kini ditahan di penjara York County selepas didakwa atas tuduhan melakukan serangan. – MyNewsHub


Tuesday, 28 May 2013

Boneka King Kong gergasi dipamerkan

                           DARROW berdiri di sebelah boneka gergasi King Kong.- AFP

MELBOURNE - Beberapa keping gambar yang menunjukkan boneka King Kong gergasi seberat 1.1 tan didedahkan oleh agensi berita AFP semalam.

Boneka itu yang diperbuat daripada besi, gentian lycra dan motor hidraulik akan digunakan dalam pementasan teater muzikal King Kong di Teater Regent di sini pada 15 Jun depan. 

Ia dihasilkan oleh syarikat penerbitan studio dari Melbourne Barat, Global Creatures.
Boneka setinggi enam meter itu dikendalikan oleh satu pasukan pengendali yang dikenali sebagai para lelaki King Kong.

Ia turut menggunakan kabel elektronik sepanjang 30 meter.
Pembinaan boneka itu melibatkan kos berjuta-juta dolar dan melibatkan tempoh sehingga lima tahun untuk dihasilkan.

Latihan tentang penggunaan boneka tersebut juga melibatkan tempoh sehingga enam bulan.
Teater itu diarahkan oleh Daniel Kramer.

Antara pelakon utama teater itu ialah Esther Hannaford yang melakonkan watak Ann Darrow.
Ia merupakan teater yang paling mahal pernah diterbitkan di Australia.

Menteri Pelancongan dan Majlis Rasmi Victoria, Louise Asher berkata, pihak kerajaan negeri menyokong penerbitan teater itu kerana ia mempunyai nilai ekonomi.

Pementasan itu dijangka membawa pulangan ekonomi sebanyak A$45 juta (RM131.18 juta).
Filem King Kong buat kali pertama ditayangkan kepada orang ramai adalah pada tahun 1933 di Amerika Syarikat. -sumber



Kejam ! Ibu Kepada Lelaki Mental Kurung Anak Seperti Anjing...






MUXIANG memberikan makanan kepada anak lelakinya yang dikurung di rumahnya di Kampung Lijiachong, Ruichang pada 24 Mei lalu.- AFP


RUICHANG, China - Seorang lelaki yang menghidap sakit mental, Wu Yuanhong dikurung dalam sebuah kurungan sejak 11 tahun lalu di rumah ibunya di Kampung Lijiachong di sini.

Menurut laporan media, Yuanhong dikurung selepas dia didakwa memukul seorang kanak-kanak berusia 13 tahun sehingga mati.

Kaki lelaki berusia 42 tahun itu turut dirantai semasa dia berada di dalam kurungan tersebut.
Ibu Yuanhong, Wang Muxiang membina kurungan itu selepas dia melarikan diri dan berjalan di sekitar kampungnya sehingga menakutkan penduduk tempatan.

Beberapa anggota keluarganya yang lain turut menangis semasa dia dikurung.
Yuanhong pernah melarikan diri tetapi dia berjaya ditangkap semula dan dimasukkan ke dalam sebuah kurungan baharu.

"Anak saya mungkin gila dan memukul seseorang sehingga mati. Namun, dia masih lagi anak saya.
"Membina sebuah kurungan dengan tangan saya sendiri dan mengurungnya merupakan satu keputusan yang pahit untuk ditelan," kata ibunya itu.

Muxiang memberi makan tiga kali sehari kepada anaknya.
Dia juga meletakkan pakaian di dalam kurungan itu.

"Setiap kali saya memberikannya makan, saya akan duduk di tepi kurungan dan menangis.
"Kini, air mata saya telah kering," katanya.sumber



Monday, 27 May 2013

Aksi Maut ! Berjalan atas tali setinggi 185 meter


WARGA Austria, Reinhard Kleindl berjalan di atas tali setinggi 185 meter di Frankfurt kelmarin.- REUTERS

FRANKFURT - Seorang lelaki berjalan merentasi tali sepanjang 30 meter pada ketinggian 185 meter di Jerman kelmarin dalam usaha mencipta rekod dunia walaupun dia takut pada ketinggian.

Reinhard Kleindl, 32, menggunakan hanya kedua-dua tangannya untuk mengimbangi diri semasa berjalan di atas tali yang diikat pada dua bahagian menara Tower 185 di sini
.
Adegan lagak ngerinya disaksikan oleh beberapa ratus orang di perkarangan bangunan tersebut.
Warga Austria itu yang tidak dibantu abah-abah, melakukan aksi ngeri untuk mencipta rekod berjalan di atas tali paling tinggi di kawasan bandar.

Menurutnya, rekod kategori tersebut dipegang oleh seorang warga Perancis yang berjalan di atas tali setinggi 120 meter di antara laluan Menara Berkembar Les Mercuriales di Paris dua tahun lalu.
Selepas menamatkan aksi tersebut, Kleindl bersorak gembira dan mengaku dia takut pada ketinggian.
"Impak ketinggian ini pada diri saya lebih teruk daripada yang saya jangkakan," kata warga Austria itu. 

Setakat ini, pencapaian tersebut belum disahkan oleh badan rasmi sukan tersebut, Persekutuan Tali Pipih.-sumber



Sunday, 26 May 2013

Pelik ! Wanita Ini Hidup SemulaSelepas 3 Dekad


London: Rakan Christine Greenslade terkejut apabila mendapat tahu dia meninggal dunia pada usia baru 34 tahun.
Bagaimanapun, mereka lebih terkejut apabila Christine menghubungi mereka semula untuk menganjurkan pertemuan semula, tiga dekad kemudian.
Hakikatnya, Christine masih hidup dan menyedari sebuah akhbar tempatan tersilap dalam laporannya kerana mendakwa dia meninggal dunia pada 1980.

Ketika itu sebenarnya ibu Christine, Pamela yang meninggal dunia, tetapi ketika dia menguruskan notis kematian untuk disiarkan dalam akhbar, nama mereka tertukar. 



GAMBAR zaman remaja ketika Christine (dua dari kanan) bersama rakan sekelasnya, termasuk Viv (dua dari kiri).

Bagaimanapun, Christine tidak menyedari kesilapan itu dan berpindah ke tempat lain selepas kematian Pamela tanpa memaklumkan perkara itu kepada rakannya di Penzance, Cornwall yang berkabung.



Kekeliruan itu hanya terlerai apabila Christine menelefon rakan lamanya di Penzance untuk mengadakan majlis pertemuan semula baru-baru ini.

Kini berusia 66 tahun dan menetap di Perancis, Christine bersiap sedia melawat rakan zaman persekolahannya.

Kata Christine, ketika kali pertama bercakap dengan rakan karibnya, Viv Albright, dia kedengaran sangat aneh.

“Ia bukan reaksi yang saya jangkakan daripada sahabat lama,” katanya semalam.

Sejurus kemudian, Viv menelefon Christine semula untuk meminta maaf dan memberitahu, mereka menyangka dia meninggal dunia pada 1980.

Christine kemudian mengenang semula detik dia membuat tempahan notis kematian di akhbar tiga dekad lalu.

Katanya, seorang lelaki secara khusus meminta nama penuh ibunya, sebelum bertanya namanya sendiri di akhir perbualan.



Nyaris ditelan ular sawa hidup-hidup






KELVIN Katoka sedang dirawat di Hospital Besar Kitwe, Zambia selepas terselamat daripada ditelan ular sawa baru-baru ini


LUSAKA, Zambia - Seorang pemandu trak yang terpaksa bertarung nyawa daripada ditelan seekor ular sawa menyatakan bahawa dia sangat bertuah kerana masih hidup. 

Kelvin Katoka, 25, diserang oleh reptilia itu ketika dia sedang mengendalikan sebuah mesin pengorek dalam semak di sebuah lombong tembaga di sini. 

"Dengan pantas, ular sawa itu sudah melilit badan dan merebahkan saya ke tanah. Kemudian saya baru teringat mempunyai sebilah pisau kecil di dalam poket. Saya menikam badannya dan ia mengendurkan sedikit lilitan.

 Tetapi saya sudah pun sangat lemah," cerita Katoka yang telah dimasukkan ke Hopital Besar Kitwe sejak sebulan lalu. 

Reptilia itu kemudian kembali melilit dan mula menyemburkan air liurnya ke seluruh muka Katoka kerana sudah bersedia untuk menelannya bulat-bulat. 

Katoka muntah darah dan mulai pengsan. Mujurlah dua orang rakan sekerja datang memberikan bantuan. Mereka membunuh ular sawa berkenaan dan membawanya ke hospital. 

Ular sawa batu merupakan ular paling besar di Afrika dan boleh membesar sehingga tujuh meter panjang. Ular tersebut memang dikenali kerana mampu menelan antelop, gnu, malah buaya namun, serangan ke atas manusia jarang berlaku. -sumber



Saturday, 25 May 2013

Jambatan di Washington runtuh




 SEBAHAGIAN jambatan lebuh raya Interstate 5 yang runtuh ke dalam Sungai Skagit di negeri Washington kelmarin.- Agensi

OLYMPIA - Sebahagian jambatan empat lorong merentasi sebatang sungai di pedalaman utara bandar raya Seattle, Amerika Syarikat (AS) runtuh kelmarin, menyebabkan sejumlah kenderaan dan orang ramai terhumban ke dalam air, kata pihak berkuasa.

Jurucakap polis negeri Washington, Mark Francis berkata, jambatan di lebuh raya Interstate 5 yang merentasi Sungai Skagit di antara bandar Mount Vernon dan Burlington yang terletak 90 kilometer ke utara Seattle itu runtuh sekitar pukul 7 petang (waktu AS).
"Saya diberitahu terdapat kenderaan dan orang ramai yang terjatuh ke dalam sungai. Setakat ini saya belum pasti jika ada kecederaan berlaku," katanya.
Akhbar Seattle Times melaporkan bahawa tiga orang telah diselamatkan dari dalam sungai tersebut.

Kata Francis, punca kejadian masih disiasat tetapi menurutnya, jambatan tersebut runtuh semasa hujan lebat.
Menurut Pangkalan Data Jambatan Kebangsaan AS, jambatan berkenaan dibina pada 1955 dan menjadi laluan utama kenderaan yang berulang-alik antara Seattle dan Vancouver di Kanada. 

Nahas itu berlaku hampir enam tahun selepas sebuah lagi jambatan runtuh di Minnesota, sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung tahap keselamatan infrastruktur di AS.
Pada Ogos 2007, kira-kira 305 meter bahagian jambatan I-35W di Minneapolis runtuh ke dalam sungai Mississippi ketika orang ramai pulang dari tempat kerja.

Sejumlah kenderaan terhumban ke dalam sungai dengan menyebabkan 13 orang terbunuh, manakala 145 yang lain cedera. - Reuters


Pelik ! Lelaki pikul 'RUMAH' ke kampung halaman


Lingchaou memikul kediamannya sambil berjalan kaki di bandar Liuzhou pada Selasa lalu.- REUTERS



BEIJING - Seorang bekas jurujual di China, Liu Lingchaou, membina sebuah kediaman mudah alih untuk berlindung ketika hujan.

Lelaki berusia 38 tahun itu membina rumah unik itu menggunakan bahan binaan ringan seperti buluh dan plastik.

Lingchaou diberhentikan kerja sejak lima tahun yang lalu dan telah diusir keluar dari rumah.

Dia yang menetap di Shenzhen kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya di daerah Rongan, dalam wilayah Guangxi dengan berjalan kaki.

Menurutnya, rumah mudah alih itu membuatkan dia berasa bebas dan membolehkan dia berlindung semasa hujan. 

Lingchaou memikul struktur seberat 60 kilogram itu dengan berjalan kaki sejauh 32 kilometer sehari.

Dia mencari dan menjual botol-botol minuman sepanjang perjalanan tersebut untuk menyara dirinya.

Kediaman itu itu dibina selebar 1.5 meter dengan tinggi dua meter.
Dia kini berada 32 kilometer dari kampung halamannya. - Agensi


Kepala anak tert!kam gunting ketika ibu bapa bergaduh





KANAK-KANAK yang cedera di kepala selepas tertikam dengan gunting sempat bermain telefon bimbit ketika mendapat rawatan di Hospital Miri semalam.



MIRI – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun menjadi mangsa pertelingkahan ibu bapanya apabila kepala tertikam dengan gunting sedalam tiga sentimeter di rumah mereka di Jalan Tanjung, di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, ibu mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang bertengkar dengan suaminya akibat masalah rumah tangga sebelum dia mengambil sebilah gunting.

Bagaimanapun, cubaan wanita itu untuk menyerang suaminya berakhir dengan dia tertikam kepala anaknya sendiri yang kebetulan bermain di situ.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, tikaman tersebut menyebabkan gunting itu tertusuk sedalam tiga sentimeter di kepala mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.





Friday, 24 May 2013

Pendaki Jepun, manusia tertua takluki Gunung Everest







GAMBAR yang dirakam kelmarin menunjukkan Yuichiro Miura (kanan) dan anak lelakinya, Gota sebelum mereka memulakan pendakian ke puncak Everest.




KATMANDU, Nepal - Seorang pendaki gunung berusia 80 tahun dari Jepun menjadi manusia tertua sampai ke puncak Gunung Everest semalam.

Menurut seorang pegawai agensi pendakian Nepal, Yuichiro Miura tiba di puncak gunung tertinggi di dunia itu pada pukul 9.05 pagi waktu tempatan.

"Saya berjaya!" kata Miura melalui telefon kepada agensi penyiaran Jepun, NHK semasa berada di puncak Everest.

"Saya tidak pernah menyangka dapat menakluki gunung ini pada usia 80 tahun," tambahnya.

Dia mendaki bumbung dunia itu dengan dibantu oleh anak lelakinya dan beberapa penunjuk arah tempatan.

Rekod kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh warga Nepal, Min Bahadur Sherchan yang menakluki puncak Everest ketika berusia 76 tahun pada 2008.

Rekod Miura juga dijangka tidak akan bertahan lama kerana Sherchan, 81, akan memulakan pendakiannya ke puncak Everest dari bes kem pada minggu depan. - Agensi


Pelik ! Gumpalan Bulu Dikeluarkan Daripada Perut Harimau

CLEARWATER - Seekor harimau jantan seberat 180 kilogram di Amerika Syarikat terpaksa dibedah bagi mengeluarkan gumpalan bulu sebesar sebiji bola keranjang.
Harimau berusia 17 tahun bernama Ty itu menyisir dengan menjilat bulunya. Haiwan itu tertelan bulu tersebut sejak sekian lama.
Ty menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat veterinar di sini, dalam negeri Florida.
Beberapa doktor berkata, mereka berjaya mengeluarkan gumpalan bulu seberat 1.8 kg itu dari dalam perut Ty.
Dipelihara oleh agensi Penyelamat dan Pemulihan Hidupan Liar, Ty memerlukan pembedahan selepas binatang buas itu tidak makan selama hampir dua minggu.



Doktor-doktor mengesan kehadiran gumpalan bulu itu menggunakan skop dan kamera.
Ty kini beransur pulih selepas menjalani pembedahan tersebut. - Agensi



GAMBAR yang disiarkan oleh pusat Veterinar BluePearl menunjukkan gumpalan bulu seberat 1.8 kilogram yang dikeluarkan dari dalam perut Ty kelmarin.



Nuffnang Ads

Followers