Sunday 18 November 2012

Filled Under:

fuh!! bilal maut selepas solat subuh...






AZAMUDDIN bertugas melaungkan azan bagi solat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan sebelum kemalangan yang meragut nyawanya semalam.


KUANTAN - Beberapa ketika selepas melaungkan azan dan bersolat Subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini, bilal masjid berkenaan maut dalam kemalangan jalan raya semalam.
Azamuddin Mansor, 40, meninggal dunia semasa dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan pada pukul 7 pagi.
Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, dalam kejadian pukul 6.40 pagi itu, Azamuddin yang menunggang motosikal sendirian bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Jalan Tun Ismail di sini.
"Mangsa yang datang dari arah Jalan Tun Ismail telah bertembung dengan kereta tersebut ketika hendak membelok ke Jalan Bukit Sekilau.
"Mangsa yang parah di kepala dan badan telah dikejarkan ke HTAA untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian," katanya di sini semalam.
Zainalabidin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat itu berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi..sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers