Sunday, 18 November 2012

Filled Under:

fuh!! yumira trading tidak mahu taja kelantan(KAFA)







PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima tamparan hebat apabila salah satu penajanya - Yusmira Trading Sdn. Bhd. mengumumkan untuk menarik diri daripada menaja skuad The Red Warriors itu dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Keputusan itu diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan Yusmira Trading, Datuk Azlan Muhammad dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu semalam.
Hadir sama peguam syarikatnya, Mohd. Rafizi Abdullah daripada Tetuan Rafizi Zubairi & Co.



Azlan berkata, keputusan untuk tidak meneruskan tajaan itu dibuat selepas mengkaji implikasi perpindahan tonggak utama The Red Warrios, Norshahrul Idlan Talaha yang dijangka mengubah haluan baharu ke Johor musim depan.
"Mat Yo (Norshahrul) merupakan ikon besar dalam industri bola sepak Kelantan, namun keputusannya mahu berhijrah ke pasukan lain membuatkan kami berada dalam dilema.
"Akhirnya kami membuat keputusan untuk tidak bersama Kelantan pada musim depan. Ia (keputusan) sememangnya begitu sukar tetapi kami tidak mempunyai pilihan lain.
"Kami orang berniaga dan sudah tentu tidak mahu pelaburan (penajaan) ini memberi kerugian kepada syarikat kami," katanya.
Berita penghijrahan Mat Yo membantutkan hasrat syarikat produk kesihatan berasaskan halia itu yang terkenal di negara ini untuk terus menaja The Red Waariors bagi musim keempat berturut-turut.
Selain Yusmira Trading, turut menaja pasukan Kelantan musim ini ialah Sinar Harian, Al-Jabbar Group of Company, Umbro, Warriors, Masterskill, RW Energy Plus selain Happy selaku penaja utama.
Azlan memberitahu, pihaknya akan menghantar surat untuk tidak menyambung kontrak penajaan kepada pihak KAFA dalam masa terdekat.
"Sejak tiga tahun menjadi penaja untuk The Red Warriors, pihak kami sudah membelanjakan hampir jutaan ringgit semata-mata membantu menyemarakkan senario bola sepak Kelantan.
"Kalau pemain beritahu awal tidak mahu bersama Kelantan enam bulan lalu, itu kami tidak kisah tetapi tiba-tiba jadi macam ini (mahu berhijrah) sedangkan kontrak masih ada, ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada penaja seperti kami," ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Kelantan dijangka menyenaraikan empat muka baharu bagi menghadapi kempen Liga M musim depan.
Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa melalui entri akaun Facebook miliknya semalam berkata, selain membawa masuk empat pemain baharu itu, KAFA turut memanggil balik bintang mudanya yang sebelum ini beraksi bersama Harimau Muda.
"Bagi memperkuatkan cabaran musim hadapan, kita membawa masuk dua penyerang baharu di mana kedua-dua pemain itu telah menjaringkan 24 gol dalam saingan Liga M musim lalu.
"Musim depan The Red Warriors akan diperkuatkan dengan kehadiran seorang otai yang akan beraksi di posisi tengah," katanya.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers