Sunday 25 November 2012

Filled Under:

fuyo!!! Shac Rupanya Deejay Radio Pilihan Shae!


KL, 23 NOV 2012: Semalam Murai Batu ada keluarkan cerita pasal penyanyi baru Indonesia, Shae pasal hubungan cintanya dengan seorang deejay radio tempatan. Al-kisahnya, sejak artikel itu dikeluarkan, ramailah yang bertanyakan Murai Batu, siapakah deejay radio berkenaan? Sebenarnya, sejak semalam pun Murai Batu masih lagi tengah sibuk merisik tentang hal tersebut.

Cuma satu ada 2 petunjuk saja yang Murai Batu ada. Deejay radio bekerja di sebuah stesen radio tempatan yang popular dan dia telah mewawancara Shae sendiri pasal kelahiran album solo penyanyi Pan Asian yang berwajah iras Diana Danielle ini.

Daripada 2 petunjuk yang Murai Batu ada itu, Murai Batu pun telah memulakan penyiasatan. Banyak jugalah panggilan telefon yang terpaksa Murai Batu buat demi untuk mendapatkan maklumat tentang deejay radio tersebut.

Akhirnya, petang semalam Murai Batu dah dapat tahu dah jawapannya. Rupa-rupanya si deejay radio tersebut adalah Shac yang bertugas di stesen radio Era FM.

Terkejut jugak Murai Batu. Sebab tak sangka dalam sibuk mewawancara Shae, rupanya dia dapat pancing hati si penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Sayang ini.

MURAIBATU: Akhirnya penyanyi Aliff Aziz bukak mulut...






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers