Sunday 25 November 2012

Filled Under:

fuyo!!!Aktres Ummi Nazeera Bakal Kahwin Tahun Depan?






KUALA LUMPUR, 23 NOV 2012: Mungkin tekaan ini salah dan mana tahu ada juga benarnya. Apatah lagi pelakon manis bernama Ummi Nazeera ini bakal menamatkan pengajiannya di Melbourne, Australia pada penghujung tahun ini.
Ditemui portal murai.com.my pada majlis pelancaran butik Oroton di Pavilion, malam semalam Ummi Nazeera berkata, selepas pengajian tamat, dia bakal pulang ke Malaysia buat selama-lamanya tahun depan.
Namun apabila ditanya mengenai adakah dia ingin menamatkan zaman bujangnya, pelakon Hikayat Merong Mahawangsa itu sekadar tersenyum, tidak mengiyakan atau menidakan. Bagaikan menyembunyikan sesuatu.
"Memang hati saya kini sudah dimiliki. Apa yang boleh saya katakan sekarang, kami hanya berkawan rapat dan biarlah takdir yang menentukan jodoh kami berdua.
"Insya Allah kalau tidak ada aral melintang saya akan membuka perusahaan saya sendiri bagi mempraktikan bidang pengurusan perniagaan yang saya pelajari di Australia. InsyaAllah," katanya yang baru saja tiba di tanah air sejak seminggu lalu.
Dia tampil unik dengan persalinan serba putih rekaan Alexander McQueen dan tas tangan vintage dari Chanel.
Hubungan cinta Ummi Nazeera bersama seorang jejaka Melayu yang dikenali sebagai Aizat telah muda dihidu oleh pihak media dan blog hiburan tempatan sejak Februari tahun ini selepas jalinan percintaan bersama actor kacak Remy Ishak tidak kesampaian.
Malah gambar yang mempamerkan kemesraan mereka berdua di laman sosial telah menjadi perhatian ramai.
Mendapatkan kepastian kepada tuan punya badan, tanpa berselindung, Ummi Nazeera berkata jejaka berbangsa Melayu berkenaan mula dikenalinya di Australia sejak dia menuntut di universiti yang sama di sana.
Ditanya mengapa bukan jejaka mat salleh atau bermata biru yang menjadi pilihannya sedangkan dia berada di perantauan, gadis manja itu tenyata punyai jawapannya tersendiri.
" Entahlah, mungkin sudah ditakdirkan saya dan dia dipertemukan.Lagipun mudah dan saya lebih selesa dengan lelaki Melayu," katanya ringkas.
Sementara itu Ummi Nazeera tidak sabar untuk menanti kelahiran filem seram pertama lakonannya berjudul Penanggal yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Selepas Penanggal, dia bagaimanapun enggan menerima tawaran watak berunsur seram sebaliknya ingin mencabar diri dengan watak dalam filem aksi ataupun sebagai pasangan kekasih dalam filem percintaan.sumber




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers