Thursday, 13 December 2012

Filled Under:

dunia beca



LAZIMNYA pengguna kenderaan yang tidak membayar bulanan kereta diberi amaran oleh pihak bank untuk menjelaskan tung�gakan dan jika enggan surat arahan untuk penarikan kereta akan dilakukan oleh penarik kereta atau ‘towtruck’.
Pastinya kemunculan mereka akan ditakuti oleh pengguna yang tidak mampu menjelaskan tunggakan kereta dan pelbagai cara akan dilakukan untuk menyorokkan kenderaan.

Bagi penarik kereta pula pelbagai cara akan mereka lakukan juga untuk mendapat�kan kenderaan yang tertunggak bayarannya kepada bank. Ketika itulah pelbagai situasi dialami oleh penarik kereta di mana ada pengguna yang mengamuk apabila kenderaan masing-masing ditarik pergi.

Difahamkan juga, ada sesetengah penarik kereta yang mempunyai kumpulan masing-masing dan sudah mengehadkan sesuatu kawasan itu adalah milik mereka sehingga boleh tercetusnya pergaduhan dengan kumpulan penarik yang lain.


Itulah antara kisah kehidupan penarik kereta yang bakal difilemkan oleh Metrowealth (MIG) bertajuk Longkai dan diarahkan oleh pengarah filem Budak Pailang, Hashim Rejab.


Mengetengahkan pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Erra Fazira, Wawa Zainal, Along Eyzendy, Dira Abu Zahar, Zul Suphian dan pelakon baru, Niezam Zaidi, filem bergenre aksi ini memberi banyak kelainan berbanding filem terbitan MIG sebelum ini.

Mula menjalani peng�gambaran semalam, Longkai yang menelan belanja RM2 juta itu memberi pendedahan kepada orang ramai kehidupan yang dilalui oleh seorang penarik kereta di samping kisah peribadi yang mereka hadapi.

Hashim Rejab berkata, dia tidak sangka idea untuk menghasilkan filem ini mendapat sokongan penuh daripada penerbit MIG, David Teo malah sepanjang melalui tempoh pra penerbitan, segala-galanya berjalan de�ngan lancar.

“Saya bersyukur apabila menyuarakan hasrat untuk menghasilkan filem berkisarkan kehidupan golongan biasa mendapat kepercayaan penuh daripada David, walaupun kos penggambaran agak tinggi. Saya yakin jarang kisah penarik kereta dipertontonkan kepada umum.

“Mungkin tidak ramai yang tahu apakah maksud Longkai. Biasanya bahasa ini adalah gelaran kepada geng penarik kereta dan hanya mereka yang terbabit dengan pekerjaan seperti ini akan biasa dengan ayat Longkai.

“Idea menghasilkan cerita seperti ini bagi memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai pekerjaan penarik kereta. Malah lebih menarik lagi ada beberapa babak yang pertama kali dilakukan dalam industri perfileman Malaysia dan saya harap pembikinan babak itu akan berhasil,” kata�nya selepas majlis doa selamat pelancaran filem berkenaan baru-baru ini.

Hashim berkata, pemilihan Faizal Hussein juga dilihat mampu menarik peminat untuk menyaksikan Longkai di mana semua tahu Faizal adalah satu nama besar yang begitu lama berkecimpung di dalam bidang lakonan.

Selain itu, penampilan istimewa Erra Fazira juga diharap dapat membawa filem ini lari daripada pandangan sesete�ngah orang yang sering menyatakan MIG hanya menampilkan pelakon yang sama dalam semua filem terbitannya.

“Faizal adalah salah seorang pelakon yang saya harap dapat berlakon di bawah arahan saya. Apabila dia bersetuju untuk berlakon di dalam filem ini, saya rasa satu kebanggaan dan yakin dengan kemampuannya membawakan watak sebagai penarik kereta ini.

“Sembilan babak aksi yang tidak pernah dipertontonkan di Malaysia juga meyakinkan saya mampu menaikkan semula kegemilangan filem aksi Malaysia yang saya yakin boleh setanding filem luar.

“Kehadiran Erra dan Dira juga bagi memberi kelainan terhadap filem MIG dan kami tidak mahu penonton beranggapan penerbitan hanya menggunakan khidmat pelakon yang sama,” katanya.

Sementara itu, Faizal ketika ditemui berkata, dia seorang yang cerewet terhadap sesuatu jalan cerita, namun tertarik untuk menerima tawaran berlakon Longkai selepas meneliti skripnya yang dilihat jarang dipertontonkan kepada orang ramai.

“Banyak kali saya ditawarkan untuk berlakon filem terbitan MIG disebabkan masa yang begitu sibuk membataskan saya terhadap tawaran sebelum ini, namun apabila mendapat skrip Longkai dan selepas meneliti�nya saya tertarik.

“Saya juga seorang yang gemarkan watak aksi malah di dalam filem ini selain beraksi saya juga turut berperanan sebagai lelaki yang menagih cinta kekasih hati yang lari pergi membawa diri akibat kecewa dengan masalah peribadi.

“Dua karakter dilakonkan cukup mencabar diri saya di dalam filem ini. Babak aksi dan menyentuh perasaan walaupun kelihatan biasa namun penceritaannya begitu menarik untuk saya terima.

“Menariknya lagi, di dalam filem ini saya akan melakonkan watak aksi sendiri tanpa bantuan ‘stuntman’. Bukan sekadar mencabar diri tetapi sejak mula berlakon pada awal 80-an lagi, saya selesa melakonkan watak aksi sendiri.
Walaupun usia semakin meningkat, saya yakin masih boleh berlakon babak seperti ketika saya berusia 18 tahun,” katanya
.sumber






0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers