BERBEZA...Bay (tengah) dan Chong menunjukkan ubat tradisional palsu serta tulen bersama wakil pengedar sah ubat berkenaan, Chong Wong Kim (kanan).
Lelaki itu, Bay Fatt Soon, 73, mendakwa didatangi seorang pengamal perubatan tradisional Cina di rumahnya yang mendakwa mampu menyembuhkan penyakit mendiang isterinya pada 22 Ogos lalu.
Katanya, tabib terbabit menjanjikan penyakit mendiang isterinya yang dikahwini sejak lebih 50 tahun itu akan sembuh dan mampu hidup lebih lama sekiranya memakan ubat yang bernilai RM360,000 berkenaan.
“Tabib terbabit mendakwa mempunyai kedai ubat di Johor dan berjaya merawat ribuan pesakit menggunakan ubat berkenaan.
“Saya yang hanya mahukan lebih masa bersama mendiang isteri percaya kata-kata tabib terbabit dan membayar RM40,000 untuk ubat berkenaan,” katanya pada sidang media di Pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di Jalan Ampang, di sini, semalam.
Menurut Bay, penyakit isterinya bertambah parah sebelum meninggal dunia sebulan selepas menggunakan ubat berkenaan.
Bay menemui Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong di pejabatnya untuk mendapatkan bantuan sebelum diperkenalkan dengan pengedar sah ubat berkenaan yang mengesahkan ubat itu palsu.sumber
0 comments:
Post a Comment