Saturday, 1 December 2012

Filled Under:

fuyo!!Afdlin ke Gaza bukan cari publisiti



AFDLIN SHAUKI


PELAKON, pengacara, pengarah dan penerbit, Afdlin Shauki, 41, mencipta profil terkini dalam kariernya apabila menjadi duta sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Aqsa Sharif, organisasi bebas kelima bernaung di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia yang bergiat aktif membantu rakyat Palestin.
Menunjukkan rasa sokongannya terhadap perjuangan membebaskan Palestin, Afdlin akan turut sama ke Gaza bersama badan tersebut bagi menghulurkan bantuan berupa makanan selama seminggu bermula 3 Disember ini.
Bukan berniat mencari publisiti, menurut Afdlin, dia ke Gaza untuk melihat sendiri kesusahan dan penderitaan yang dialami rakyat Palestin, malah Afdlin akan turut menyalurkan sebahagian keuntungan daripada filem komedi seram arahan terbaharunya iaitu Pontianak VS Orang Minyak untuk rakyat di Gaza.
Filem yang telah menjengah pawagam bermula 22 November lalu itu membariskan ramai pelakon terkenal seperti Nabil, Johan, Afdlin Shauki, Sharifah Shahirah, Khir Rahman, Lana Nordin, Adibah Nor, Harun Salim Bachik, Fizz Fairuz dan Sharifah Amani.
Filem terbitan Ismail Holdings dan Vision Works Sdn. Bhd. itu menceritakan pergolakan dua hantu iaitu Pontianak dan Orang Minyak yang baru berkecimpung dalam dunia hantu. Ponti merupakan seekor pontianak lelaki yang amat dibenci oleh pontianak-pontianak lain kerana sepatutnya semua pontianak datang dari golongan wanita. Omi pula orang minyak lembut yang amat memeningkan kepala orang-orang minyak lain.
Ikuti temu bual Kosmo! bersama Afdlin.
Kosmo!: Bilakah anda akan ke Gaza?
AFDLIN: Saya akan ke Gaza pada 3 hingga 10 Disember ini. Saya ke Gaza bersama dengan badan bukan kerajaan Aqsa Sharif untuk misi bantuan kewangan dan makanan.
Apakah perasaan anda jika ada sesetengah pihak yang mempertikaikan anda ke Gaza untuk mencari publisiti?
Saya tidak peduli orang mahu pertikaikan keinginan saya ke Gaza. Saya ke Gaza untuk melihat sendiri dengan mata bagaimana kesusahan dan penderitaan yang dialami mereka. Saya mahu berbual dengan mereka dan kongsikan pengalaman yang saya peroleh kepada rakyat Malaysia nanti.
Bilakah anda ditawarkan sebagai duta Aqsa Sharif?
Saya ditawarkan oleh Aqsa Sharif untuk menjadi duta mereka bermula 26 November. Aqsa Sharif merupakan organisasi bebas (NGO) kelima bernaung di bawah Pertubuhan Ikram Malaysia.
Apakah tugas-tugas anda sebagai duta?
Saya membantu dari segi mengumpulkan dana untuk rakyat Palestin. Saya juga akan berkongsi pengalaman yang saya peroleh di Gaza nanti, termasuk bagaimana penderitaan yang dialami oleh mereka untuk rakyat Malaysia tahu agar semuanya dapat menyalurkan sedikit sumbangan.
Apakah perasaan anda apabila dilantik sebagai duta untuk badan yang memperjuangkan pembebasan Palestin?
Saya rasa sangat terharu. Sebelum ini, jika orang tanya apa yang saya ingin buat pada buat masa terdekat ini, saya jawab tidak tahu. Kini, saya sudah ada matlamat iaitu untuk pergi ke Gaza. Ini adalah perjalanan hidup saya untuk melihat sendiri ketidakadilan yang berlaku di sana.
Bagaimanakah persediaan diri untuk ke Gaza?
Saya banyak membaca tentang Palestin dan mendapatkan informasi tentang apa yang berlaku di sana. Memang ada perasaan takut, cuma apalah sangat perasaan takut saya jika mahu dibandingkan dengan hidup mereka yang setiap hari sudah berasa takut dengan kekejaman yang berlaku. Jadi saya kena beranikan diri.
Bagaimanakah penerimaan keluarga bila anda ingin ke Gaza?
Keluarga memang berat hati mahu lepaskan saya ke Gaza, terutama sekali anak-anak. Bagaimanapun saya yakinkan mereka dan meminta mereka mendoakan keselamatan saya dan rakyat Palestin di sana.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Sekarang filem arahan saya masih ditayangkan di pawagam iaitu Pontianak Vs Orang Minyak. Saya harapkan ia mendapat sambutan yang menggalakkan. Ini kerana saya mahu salurkan sebahagian keuntungan filem itu untuk rakyat di Gaza. Saya juga tidak akan bersama dengan ahli Boboi iaitu Harun Salim Bachik dan Nabil untuk persembahan Maharaja Lawak Mega 2012 pada 7 Disember nanti kerana masih belum pulang ke Malaysia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2DkcYfIsR 
Hakcipta terpelihara 




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers