Tuesday, 11 December 2012

Filled Under:

Rajagobal tetap tagih harapan



TANGKAS ...penjaga gol negara, Farizal melayangkan badan menangkap bola cubaan pemain Thailand, Jakkapan Pornsai pada perlawanan malam tadi.
TANGKAS ...penjaga gol negara, Farizal melayangkan badan menangkap bola cubaan pemain Thailand, Jakkapan Pornsai pada perlawanan malam tadi.
KETUA jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal menganggap peluang anak buahnya untuk merebut tiket ke final Piala AFF 2012 masih terbuka meskipun mereka gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri pada separuh akhir pertama menentang Thailand, malam tadi.
Keputusan seri 1-1 dengan juara tiga kali Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil tampak menyukarkan laluan mereka pada pertemuan kedua di Bangkok, Khamis ini.

Ini kerana skuad Gajah Perang itu kini memiliki kelebihan jaringan gol di tempat lawan dan hanya memerlukan seri untuk menyekat hajat Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan.


“Saya bangga dengan aksi pemain-pemain malam ini (semalam), bagi saya saingan masih terbuka, kita tidak tahu apa akan berlaku nanti.

“Kita akan pergi ke Bangkok dan cuba mendapatkan keputusan baik,” katanya pada sidang media.


Hajat skuad kebangsaan untuk mendapat keputusan baik pada aksi pertama tidak kesampaian apabila penyerang Thailand Teerasil Dangda memadam jaringan pendahuluan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-48 di penghujung permainan.


Bagi Rajagobal yang membimbing skuad kebangsaan menjulang kejuaraan pada 2010 berkata, mereka sepatutnya menang dengan jaringan yang besar.

“Ini bukan permainan yang terbaik yang dipamerkan pemain-pemain, tapi secara keseluruhan kami sepatutnya boleh menang sekurang-kurangnya 3-1,” katanya.


Sementara itu, bagi ketua jurulatih Thailand, Winfried Schafer, beliau memuji kesungguhan anak buahnya yang bangkit selepas ketinggalan dalam perlawanan yang cukup menarik di saksikan 80,000 penyokong.

“Kami bermain dengan baik cuma banyak kehilangan bola di bahagian tengah. Hantaran jauh Malaysia menyukarkan kami tapi selepas kami ketinggalan 0-1, kami memberi tekanan kepada mereka untuk mencari gol penyamaan.


Mengulas mengenai keputusan pengadil dari Iran, Torki Mohsen Ramezanali yang mengarahkannya meninggalkan bangku simpanan pemain di penghujung permainan beliau berkata:“ Saya cuma menjerit memberi arahan kepada pemain, bukan membantah keputusan pengadil, bagi saya pengadil tidak penting, kenapa saya mahu bercakap mengenai pengadil ketika dalam perlawanan.




0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers