1. George Michael
Penyanyi
yang satu ini memiliki wajah yang tampan dan juga digilai banyak
wanita. Sayangnya, dia tidak tertarik untuk menjalin hubungan dengan wanita
kerana dia adalah seorang gay.
George Michael secara terus terang mendedahkan dirinya adalah seorang gay ketika wawancaranya dengan media pada tahun 2007. Ujar Michael, selama ini dia menutupi jati dirinya itu kerana dia sangat risau ibunya akan sedih jika mengetahui dia adalah pencinta sesama jenis.
Setelah
mengumpulkan keberanian akhirnya penyanyi berasal dari UK ini
mengungkapkan bila dirinya adalah gay. Dalam wawancaranya dengan CNN,
George mengakui dirinya tidak ada sebarang masalah dengan penilaian serong orang ramai terhadap pengakuan tersebut.
Mark
Feehily membuat jutaan remaja perempuan patah hati ketika dia mengumumkan
dirinya adalah seorang gay. Kebanyakan peminat salah satu anggota boyband
Westlife itu kecewa saat Mark membuat pengakuan tersebut.
'Saya
gay dan saya bangga akan itu. Saya ingin semua orang tahu tentang
kebenaran kecenderungan seks saya yang menyukai lelaki,' katanya.
'Saya tak peduli dengan reaksi orang tentang saya kerana saya bangga dengan diri saya,' ucapnya.
Mark
mengaku rakan-rakann dan keluarganya menghormati keputusan tersebut.
Dia juga bahagia dengan pilihan hidup yang dijalaninya itu.
'Saya
ingin mengatakan saya bahagia. Saya memiliki kekasih yang membuat saya boleh tertawa. Tidak ada orang yang ingin bersendirian di dunia ini,' ucapnya.
Setelah
lama menghindar dan menyembunyikan soal statusnya, akhirnya Ricky
Martin memberanikan diri untuk membuat pengakuan bahawa dirinya adalah
seorang gay.
Ricky
mengakui hal tersebut melalui blog peribadinya. Dia mengungkapkan bahawa ini adalah waktu yang tepat untuk membuat pengakuan terhadap rahsia
yang selama ini dipendamnya. Dia berasa bahagia dan lega setelah
melakukan pengakuan tersebut.
'Saya gay dan saya bangga,' ujarnya.
Ricky
juga meminta kepada para peminatnya untuk tetap mencintai dan
menerima hasil karyanya. Dan keinginan Ricky itu mendapat respon yang
baik dari para peminat setianya.
Sejak
Adam Lambert menyertai pertandingan nyanyian American Idol 2009, banyak pihak yang
telah menduga bahawa dia adalah seorang gay. Tetapi, Adam selalu berusaha
menutupinya dan mengelak apabila perkara itu dibangkitkan.
Namun menjelang acara final American Idol, foto-foto Adam yang sedang bermesraan dan
berciuman panas dengan seorang lelaki beredar luas di internet.
Setelah
acara final American Idol selesai, tidak lama selepas itu, lelaki yang
gemar berfeyen pelik ini membuat pengakuan di majalah Rolling Stone. Adam
menjadi cover di majalah tersebut dan mengakui dirinya adalah gay.
'Saya gay dan saya sangat selesa dengan hal itu,' kata Adam terus terang.
Adam
yakin pengakuannya itu tidak akan membuat orang ramai terkejut. Dia merasakan
sudah masatnya untuk dia membuka kehidupan peribadinya yang lebih tertarik pada
kaum lelaki.
Satu
bulan setelah mendapatkan anak dari Jaymen Foster, akhirnya Clay Aiken
membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak. Penyanyi ini mengakui bahawa dirinya
adalah seorang gay. Dia berbangga dengan statusnya sebagai seorang ayah yang gay.
'Ini
keputusan saya untuk menjadi ayah. Saya tidak berfikir anak ini untuk
berbohong atau menyembuyikan status saya. Bukan untuk itu,' katanya.
Bagi
Clay Aiken membuat pengakuan tentang orientasi seksnya yang lebih
tertarik dengan lelaki merupakan suatu hal yang berat. Tidak mudah baginya
untuk melakukan hal tersebut. Diperlukan persiapan yang matang dan
mental yang kuat.
Clay
berharap agar pengakuannya itu tidak akan membuatkan peminatnya kecewa. Dia
meminta para peminatnya untuk mengerti dan memahami keputusan tersebut.
'Saya berusaha untuk tidak membohongi sesiapapun. Saya tidak mau mereka membenci saya,' ucapnya.
Salah
satu anggota kumpulan Boyzone ini membuat pengakuan yang mengejutkan ramai pihak pada
tahun 1999 yang lalu. Stephen mengakui dirinya adalah gay dan sedang jatuh
cinta dengan lelaki. Dalam wawancara itu, Stephen mengakui sedang
menjalin hubungan dengan sesama anggota boyband, Eloy de Jong, boyband
berasal dari Belanda, Caught in the Act.
Stephen
mengakui menjalin hubungan dengan Eloy sejak tahun 1998. Dia sangat
bahagia dengan hubungan cinta tersebut.
Hubungan
Stephen dengan Eloy tak berjalan lancar. Pasangan ini berpisah pada
Januari 2002. Setelah itu, pemilik nama Stephen Patrick David Gately
ini membina cinta dengan Andrew Cowles, lelaki yang berkerjaya sebagai usahawan internet.
Pasangan
ini mengikat cinta mereka dengan ikatan perkahwinan di Las Vegas pada tahun 2003. Andrew setia mendampingi penyanyi itu
sehingga ke akhir hayatnya.
sumber: http://faktapalingunik.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment