Tajuk yang Murai Batu paparkan di
dalam artikel di atas bukan sekadar propaan ya. Sebaliknya, ia
diperolehi daripada sumber yang sahih. Sumber yang sahih ini telah
menghadiri majlis pelancaran buku autobiografi Datin Seri Rosmah Mansor
di di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada pagi Isnin lalu.
Macam biasalah sebelum majlis pelancarannya disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Mulia Sultan Pahang, Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah Al-Musta'in ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, tetamu telah dihiburkan terlebih dulu persembahan daripada penyanyi undangan.
Penyanyi undangan yang telah dipanggil membuat persembahan pada acara pagi itu adalah Misha Omar. Bermula dengan lagu Wanita Perdana yang dicipta khusus oleh komposer Pak Ngah dan lirik oleh Rosminah Tahir buat Datin Seri Rosmah, Misha Omar turut membawakan beberapa medley lagu hits Tan Sri P Ramlee dan Datuk Sharifah Aini.
Malah, dia turut mempersembahkan lagu nyanyian Krisdayanti serta beberapa lagunya sendiri iaitu Bunga-Bunga Cinta serta Pulangkan. Sungguhpun membuat persembahan seawal pagi itu, namun ramai jugalah yang terhibur dengan nyanyian dan vokal Misha yang sememangnya mantap dan merdu itu.
Sampaikan Rosmah pun minta lagilah untuk dia naik ke atas pentas. Sebab suka sangat dengar Misha menyanyi. Kalau boleh dia mahu Misha nyanyi lagu-lagu Misha sendiri.
Wah...Tak sangka ya. Apapun, Murai Batu dengar lagu Wanita Perdana yang dinyanyikan oleh Misha pada acara itu telah pun dirakam oleh penyanyi Kelantan ini sehari sebelum acara tersebut berlangsung.
Sepertimana lagu patriotik yang lain, Wanita Perdana juga bakal diperdengarkan di beberapa stesen radio serta televisyen. Wah! Makin aktif Misha nyanyi lagu patriotik ya. Mula-mula untuk Tun M dan sekarang ini untuk isteri PM!SUMBER
0 comments:
Post a Comment