Pages - Menu

Tuesday, 1 January 2013

Pelik! Kupu-Kupu Ini Berwajah Manusia



Pelik! Kupu-Kupu Ini Berwajah Manusia | Seperti yang kita tahu terdapat perbezaan di antara rama-rama-dan kupu-kupu. Rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam. Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat. Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Namun pernahkah kita melihat kupu-kupu berwajah manusia? Ia satu perkara yang sangat pelik. Jom lihat gambar di bawah ini.



Penemuan ini berlaku di negara Indonesia. Serangga yang mempunyai mirip manusia di atas kepalanya ini telah ditemui oleh Nafiah 55 tahun. Nafiah menceritakan,pada ketika itu dia sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba dia telihat ada haiwan yang hinggap di dinding bilik. Rasa seperti teruja, kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), dan meminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut.

Setelah diperhatikan betul-betul, ternyata sayapnya membentuk sebuah wajah manusia. Kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar. Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan bawahnya ada goresan garis hitamyang membentuk semacam kumis. Corak lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan dibawahnya ada selarik garis putih yang pada corak tersebut seperti sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih.




Melayukini.net

No comments:

Post a Comment

networkblogs

U follow I follow back