Sunday, 24 February 2013

Filled Under:

BIODATA DAN FOTO BRUCE LEE DARI KANAK2 HINGGA DEWASA

 



 Bruce Jun Fan Lee (Bahasa Cina: 李振藩; pinyin: Lǐ Zhènfán; lahir 27 November 1940 di San Francisco - 20 Julai 1973 di Hong Kong) adalah pengamal seni bela diri, pelakon, pengarah filem, penerbit filem, penulis lakon layar, dan pengasas konsep Jeet Kune Do Amerika-Cina yang telah dianggap secara meluas sebagai pengamal seni bela diri yang paling masyhur dan terpengaruh pada abad ke-20, serta pengamal seni bela diri yang terutama dalam sejarah, dan satu ikon kebudayaan.
 




Lee dilahirkan di San Francisco, California kepada ibu bapa berketurunan cina Hong Kong dan dibesarkan di Hong Kong sehingga lewat remajanya. Apabila sampai umur 18, Lee berhijrah ke Amerika Syarikat untuk memohon kewarganegaraan AS dan menerima pendidikan tertingginya. Pada masa ini dia mula mengajar seni bela diri, sehingga kepada perfileman dan televisyen.

 




Filem-filem Lee, khususnya persembahannya dalam filem Enter the Dragon yang diterbitkan oleh Hollywood, menaikkan taraf filem-filem seni bela diri tradisional Hong Kong ke tahap yang baru, dan membangkitkan minat seluruh dunia terhadap seni ini. Usaha-usaha perintisnya telah membuka jalan kepada para bakal pengamal seni bela diri dan pelakon bela diri seperti Jackie Chan, Jet Li, serta Chuck Norris, dan membawa filem-filem dan pelakon-pelakon bela diri ke aliran utama. Arah dan nada filem-filemnya berubah dan mempegaruhi pencak dan filem-filem pencak di Hong Kong dan seluruh dunia juga. Dia terkenal kerana peranannya dalam lima filem, The Big Boss (1971) dan Fist Fury Lo Wei (1972); Way of the Dragon (1972), diarah dan ditulis oleh Bruce Lee; Enter the Dragon Warner Brothers (1973) arahan Robert Clouse, dan The Game of Death (1978).


 





Lee menjadi satu ikon terkenal di seluruh dunia dan kekal popular antara orang Asia dan khususnya orang Cina, kerana dia menggambarkan faham kebangsaan Cina melalui filem-filemnya. Sedangkan Lee pada mulanya terlatih dalam Wing Chun, dia kemudiannya menolak gaya seni bela diri takrifan-jelas, sebaliknya memilih untuk menggunakan teknik-teknik berguna daripada berbagai-bagai sumber dalam semangat falsafah pencak peribadinya yang dia menggelar Jeet Kune Do (Cara Penumbuk pemintasan).



Ramai orang memperlihatkan Lee sebagai contoh untuk memperoleh badan yang kuat dan cekap, serta untuk menguasai seni mempertahankan diri dan kemahiran dalam pertarungan tanpa senjata. Lee mencipta sistem pertarungan sendiri yang digelarkan Jeet Kune Do. Penilaiannya terhadap doktrin-doktrin seni mempertahankan diri tradisional kini telah diperlihatkan sebagai salah satu langkah sulung dalam mempopularkan seni mempertahankan diri campuran gaya moden.sumber



































0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers