hahaha macam perkara yang berlaku kat atas dunia , ada manusia berkhawin dengan haiwan ? macam x percaya plak , hahaha , jom kita lihat senarai2 manusia yang pelik ini berkhawin dengan haiwan
Berikut 5 perkahwinan antara manusia dengan binatang
yang telah berlaku di dunia. Ada yang rela, dan ada juga yang terpaksa.
Sebagai manusia normal dan beragama, harapnya kita semua dijauhkan
daripada mende ini.
1998 - Lelaki Mengaku Berkahwin Dengan Kuda
Mei 1998 - The Jerry Springer Show mempunyai sebuah episod bertajuk "I Married a Horse!".
Rancangan tersebut akhirnya tidak disiarkan oleh kebanyakan stesen
televisyen seperti yang dirancang. Kemungkinan disebabkan oleh
kebimbangan tentang kebolehterimaan penyiaran sebuah episod di mana seorang lelaki mengaku mempunyai hubungan emosi dan seksual dengan seekor kuda. Lelaki dan kuda tersebut kemudiannya terlibat dalam sebuah dokumentari British untuk membincangkan hubungan mereka. - Wikipedia
Dipetik daripada satu sumber lain, George Willard (juga dikenali sebagai Mark Matthews) menjadikan kudanya Pixie
sebagai isteri. Dia muncul dalam episod The Jerry Springer Show yang
tidak disiarkan tetapi lebih terkenal setelah muncul dalam dokumentari
British bertajuk "Hidden Love: Animal Passions".
2006 - Ditangkap Melakukan Hubungan Seks Dengan Kambing
Di Sudan, seorang lelaki bernama Tombe telah dipaksa untuk menjadikan seekor kambing sebagai "isterinya". Kejadian itu berlaku selepas pemilik kambing, Alifi berjaya menangkap Tombe yang sedang melakukan hubungan seks dengan kambing miliknya. Alifi memberitahu sebuah akhbar bahawa dia terdengar bunyi bising pada tengah malam 13 Februari
dan segera bergegas ke luar. Pesalah kemudiannya dihadapkan kepada
penduduk kampung yang lain dan mereka bersepakat untuk mengarahkan
pesalah membayar mas kahwin sebanyak 15,000 dinar Sudan ($50) kepada pemilik kambing.
"Mereka
berkata saya tidak perlu membawanya kepada pihak polis, tetapi biarlah
dia membayar mas kahwin untuk kambing saya kerana ia digunakan sebagai
isterinya," kata Alifi. - BBC News
Pada tahun 2007, kambing yang menjadi mangsa kerakusan nafsu Tombe dilaporkan telah mati tercekik akibat makan sisa beg plastik buangan - BBC News
2006 - Wanita India Jatuh Cinta Dengan Ular
Jun 2006 - Seorang wanita India dari Bhubaneswar, Orissa, dikatakan jatuh cinta dengan seekor ular
dan telah berkahwin dengan binatang tersebut dalam upacara perkahwinan
tradisional Hindu yang disambut oleh 2000 tetamu. Dia mendakwa bahawa satu ikatan persefahaman wujud antara mereka berdua. Wanita itu sebelum ini sakit dan kembali pulih selepas memberikan susu kepada ular itu dan dalam masa yang masa dia jatuh cinta. Satu penyiasatan oleh wartawan majalah Harper, Mischa Berlinski mengatakan bahawa ular itu mungkin tidak wujud sama sekali dan kejadian itu telah dirancang secara berperingkat disebabkan pergelutan kuasa tempatan antara pemimpin-pemimpin aliran Vaishnav. - Wikipedia
2007 - Anjing Dijadikan Isteri Untuk Buang Malang
Selvakumar adalah seorang petani berusia 33 tahun (pada tahun 2007). Dia telah berkahwin dengan seekor anjing betina yang diberi nama Selvi untuk menebus kesilapannya yang lalu. Sebelum ini, dia pernah merejam dua ekor anjing sehingga mati dan menggantung anjing-anjing tersebut di atas pokok.
Selepas
kejadian itu, kaki dan tangannya lumpuh. Dia hilang pendengaran pada
sebelah telinga dan pertuturannya terjejas. Bantuan para doktor tidak
dapat memyembuhkannya. Dia percaya perbuatan terkutuk sebelum ini telah
membuatkan dirinya menderita. Kemudian Selvakumar merujuk kepada ahli
astrologi yang menasihati beliau supaya meneruskan perkahwinan pelik
ini. Ia telah dijalankan mengikut upacara perkahwinan tradisional Hindu
di sebuah kuil di Tamil Nadu, India. - PELIK ORG
2010 - Dipaksa Berkahwin Dengan Lembu
Ngurah Alit ialah seorang penganggur remaja Bali berusia 18 tahun dan tinggal di sebuah kampung tepi laut Yeh Embang di Jembrana. Dia telah ditangkap dalam keadaan telanjang sambil posisinya di belakang seekor lembu di sebuah sawah padi di sini. Penduduk kampung percaya dia telah melakukan hubungan seks dengan lembu berkenaan.
Dalam pembelaannya, Alit mengakui perbuatan kebinatangannya tetapi mendakwa lembu tersebut adalah seorang wanita muda dan cantik yang memerlukannya. Sebagai sebahagian daripada ritual untuk menolak bala, dia yang dikenali sebagai remaja yang pendiam telah dipaksa untuk berkahwin dengan lembu tersebut. Mendengar paksaan tersebut, dia jatuh pengsan dikelilingi oleh penduduk tempatan dan pihak polis. Upacara simbolik tetap diteruskan untuk membersihkan kampung tersebut. - The Jakarta Globe
sumber
ngucap panjang... nang...eh...eee gelila...
ReplyDelete