KALI INI ENTRI MENARIK SIKIT PERKHAWINAN PALING BANGGANG KAT DUNIA ; PELIK TAPI ITU LAH KENYATAAN , NAPE MANUSIA MASE KINI BEGITU PELIK SIKAP MEREKA INI , JOM KITA LIHAT SENARAI MEREKA2 YANG BANGGANG INI
Kahwin Dengan Menara Eiffel
Erika,
39 tahun, ialah seorang bekas tentera yang tinggal di San Francisco.
Perasaan pelik yang tertanam sekian lama dengan mempunyai pengalaman
jatuh cinta terhadap benda.
Akhirnya dia berkahwin dengan Menara Eiffel dalam majlis sederhana yang dihadiri saudara terdekat pada 4 Jun 2008.
Kahwin Dengan Diri Sendiri
Seorang lelaki di China berkahwin dengan dirinya sendiri dengan alasan untuk mengekspresikan kekecewaan atas kenyataan hidupnya.
Liu
Ye, 39 tahun, berasal dari Zhuhai City berkahwin dengan replika
dirinya yang dibuat daripada styrofoam yang lengkap disolek dan
dikenakan pakaian pengantin wanita.
"Banyak
alasan mengapa saya melakukan itu, tapi alasan yang utama adalah untuk
menunjukkan kekecewaan saya atas kenyataan hidup," ujarnya.
"Perkahwinan
ini membuat saya merasa menjadi lebih hidup kerana definisi perkahwinan
ini berbeza dengan orang lain pada umumnya," tambahnya.
Upacara perkahwinannya dilakukan dengan mengamalkan adat tradisional China, yang dihadiri lebih dari 100 tetamu.
Kahwin Dengan Robot
Seorang
wanita bernama Bonnie Burton menjadikan watak atau robot R2-D2 daripada
filem Star Wars sebagai pasangannya pada 13 Ogos (tahun tak tahu bila).
Pasangan
ini telah disatukan sendiri oleh Darth Maul pada upacara tersebut.
Semakin maju teknologi kehadapan, semakin pelik tingkah laku manusia
dekad ini.
Kahwin Dengan Bantal
Cinta
sejati yang pelik timbul dalam pelbagai ragam. Ini yang dialami oleh
Lee Jin-gyu. Pemuda yang berasal dari Korea ini memberanikan diri
berkahwin dengan bantal 'dakimakura' kesayangannya yang tertampal gambar
karakter kartun.
Bantal
tercinta Lee menampilkan karakter 'Fate Testarossa', yang diambil dari
siri kartun 'Gadis Ajaib' iaitu Mahou Shoujo Lyrical Nanoha.
Astagfirullah haha, eyy gelik ehhh....
ReplyDeletemanusia zaman sekarang..
ReplyDelete