Wednesday, 27 March 2013

Filled Under:

KEJAM !! 7 Lelaki Dibunuh & Mayatnya dipamerkan di Pinggir Jalan di Mexico


 

Pembunuhan kejam berlaku di Mexico. Tujuh orang lelaki dihukum mati oleh orang yang tidak dikenali. Tujuh mayat ditinggalkan terikat di kerusi plastik dan dibiarkan tepi jalan di Mexico.

Seperti disiarkan The Sun, tujuh lelaki tersebut ditemui pada Sabtu (23/3/2013), pukul 5.30 waktu tempatan, di salah satu jalan di kawasan Michoacan, dalam kedudukan terikat dan kepalanya dibalut dengan kain berwana coklat. Masing-masing mayat mempunyai luka berlubang akibat tembakan di letak yang berbeza-beza.



 
Pihak polis tempatan menduga hukuman mati tersebut dilakukan oleh kumpulan yang profesional, mengingat pelaku begitu tenang menembak mati di pinggir jalan. Selain itu sebelumnya pelaku juga sempat mengikat mangsa dan mendudukkan mereka di kerusi plastik.

Dalam tubuh dua di antara tujuh mayat, disematkan kertas karton dengan tulisan 'Peringatan, hal ini akan terjadi pada pencuri, penculik, perogol dan pemeras'. Pihak peguam tempatan sampai saat ini masih belum dapat mendedahkan motif dari pembunuhan ini.





Kekerasan dan pembunuhan di jalanan sudah lama berlaku di Mexico.
Berkaitan hal ini, Presiden Mexico Enrique Pena Nieto, yang mula berkhidmat pada bulan Disember, bersumpah untuk menumpaskan 'adat' main hakim sendiri yang telah meruntuhkan moral  Mexico.sumber












0 comments:

Post a Comment

Nuffnang Ads

Followers