Tuesday, 26 March 2013

Filled Under:

KISAH SERAM !! LEMBAGA TUA DI ST JOHN'S ISLAND


  Kejadian yang akan saya ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu, sewaktu saya, kawan-kawan sedarjah dan guru kami berkhemah di Pulau Sekijang Bendera (St John's Island).  Kami menginap disebuah rumah yang tidak berkerusi meja.  Yang ada hanyalah beberapa katil bertingkat yang berderetan dan dan sebuah kipas angin berdiri.  Pada malam pertama, kami tidur awal awal lagiu kerana kepenatan.  Pada kira kira 2.30 pagi, kami tersentak dan terus terbangun apabila mendengar suara orang menjerit.

  Yati, salah seorang rakan kami, sedang memandang kearah salah sebuah tingkap yang ternganga luas.  Mukanya pucat lesi, seperti orang dalam ketakutan.  Saya dan rakan rakan cuba menenangkannya.  Beberapa minit kemudian, Yati menceritakan bahawa dia ternampak satu lembaga berambut panjang dengan anggota dan pakaian berwarna putih sambil melambai lambaikan tangannya.  Menurut Yati, dia menjerit sekuat hatinya apabila lembaga itu mengilai sebelum meghilang.
 
  Saya cuba meyakinkan Yati bahawa apa yang dialaminya otu hanyalah satu mimpi atau imaginasinya sahaja, kerana saya memang tidak percaya dengan hantu atau apa bentuk tahyul sekalipun.  Tetapi
Yati tetap mendakwa apa yang dilihatnya benar benar berlaku.  Pada keesok malamnya, sebelum tidur, saya telah menutup semua tingkap dan pintu memandangkan cuaca begitu sejuk sekali.  Belum lam dibuai mimpi, saya terjaga kerana terasa begitu sejuk hinggkan seluruh badan saya menggigil.


  Saya melirikkan mata kearah tingkap dan pintu; semuanya terkunci rapi.  Tetapi apabila mata saya menyorot ke araj kipas angin disitu, hati saya tersentak apabila terpandang seorang tua sedang berdiri tegak - betul betul ditempat kipas angin itu.  Orang tua itu seperti meniup niup dan memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan - sama seperti kipas angin lagaknya.

  Apakah kipas angin itu telah menjelma sebagai lembaga tua apabila malam menjelma?  Hati saya bertanya sendiri.  Saya dapat merasakan tiupannya itu dengan jlas, walaupun saya berjauhan daripadanya.  Kerana terlalu takut, saya memaksa diri saya tidur.

  Pada keesokkan paginya, saya menceritakan kejadian tersebut pada guru saya.  Anehnya, bukan saya seorang sahaja yang telah melihat lembaga wanita tua itu, malah guru saya juga.  Kerana tidak mahu kejadian aneh itu berulang, kami pun berkemas pulang ke tanah besar Singapura pada saat itu jugak.




2 comments:

Nuffnang Ads

Followers