Apalah agaknya reaksi anda apabila rumah anda yang aman damai itu
rupa-rupanya tempat berlakunya aktiviti paranormal atau lebih sesuai di
sebut ‘laluan makhluk ghaib’.
Baiklah , hari ini saya akan menceritakan kejadian pelik di Belmez
dimana penghuninya sering berhadapan dengan pengalaman yang
menakutkan.Fenomena luar biasa ini terjadi di sebuah rumah di kawasan
Desa Belmez berhampiran Cordoba, Sepanyol.Keluarga Maria Gomez Pereira
tidak pernah menyangka bahawa di rumah mereka itu sering berlaku
kemunculan wajah-wajah aneh yang entah dari mana datangnya.
Pada suatu hari , semasa Maria Gomez Pereira hendak menyediakan
sarapan pagi , beliau terperanjat dan menjerit ketakutan apabila
menjumpai wajah aneh mirip manusia dilantai dapur yang sedang
merenungnya.Beberapa minit kemudian, wajah aneh yang merenungnya itu
hilang.Maria mengganggap itu hanyalah khayalannya dan tidak menceritakan
kepada ahli keluarganya yang lain.
Anggapan Maria ternyata salah apabila anaknya yang sedang duduk
bersama neneknya di dapur pula tiba-tiba cemas.Wajah aneh yang suram
tiba-tiba muncul dilantai marmar.Selepas kejadian itu , banyak wajah
aneh muncul di atas lantai dan dinding dengan ekspresi wajah yang sedih
dan memilukan.Semuanya berlaku secara tiba-tiba dan menyebabkan mereka
sekeluarga ketakutan. Kejadian itu berlaku pada 23 Ogos 1971.
Suami Maria yang tidak mahu kejadian aneh yang berlaku dirumah mereka
itu tersebar luas di pelusuk desa segera mencari jalan untuk
menghilangkan gangguan tersebut.Tetapi , walaupun pelbagai cara telah
dilakukan , wajah-wajah aneh masih lagi muncul dengan lebih
kerap.Ekspresi wajah aneh itu menjadi semakin pilu dan matanya semakin
luas dibuka
Apabila semakin kerap wajah aneh itu muncul, suami Maria mengambil
keputusan untuk membuang seramik dilantai rumah mereka dan menggantikan
dengan simen. Seminggu kemudian , wajah aneh itu kembali muncul di
lantai simen.Kali ini wajah itu kelihatan lebih jelas daripada yang
sebelumnya.Kemunculan tetamu yang tidak diundang itu dilaporkan kepada
pejabat pemerintah setempat untuk melakukan penyelidikan.
Penyelidikan dijalankan selama seminggu dan lantai bangunan itu
digali.Jauh dibawah tanah , mereka menemui sesuatu yang
mengejutkan.Dicelah-celah himpitan batu dan simen , mereka menemui
kerangka manusia yang dipercayai berasal dari abad pertengahan.Kerangka
itu kemudian dievakuasi dan tapak bekas penggalian itu segera ditutup
dengan lapisan simen.
Namun beberapa minggu kemudian, wajah yang lain pula muncul di tempat
yang sama.Selepas itu muncul lagi beberapa lagi wajah aneh yang
lain.Wajah-wajah itu seperti memberitahu Maria mereka merintih kesakitan
dan mengharap pertolongan .Walaupun mereka telah melakukan pelbagai
cara untuk mengusir wajah-wajah aneh itu , ianya tetap kembali dan
kemunculan selepas itu menjadi semakin lebih kerap dan, lebih
menakutkan.
Berita tersebar luas dan rumah keluarga Maria Gomez Pereira di
Belmez, telah di cop sebagai rumah berhantu.Setiap orang yang berada di
sana pasti dapat melihat kemunculan wajah aneh itu.Fenomena aneh ini
segera memancing sejumlah pakar mengenai paranormal. Mereka melakukan
penyelidikan di keseluruhan rumah. Namun hingga kini belum ada teori dan
jawapan yang cukup memuaskan.
Apakah yang sebenarnya yang terjadi di Belmez?
Milik siapakah wajah-wajah itu?
Menurut cerita ,tapak rumah yang didiami oleh Maria Gomez sekeluarga itu
dahulunya dijadikan sebagai tempat hukuman mati ahli sihir.Mereka ini
dibunuh , dibakar lalu di humban ke dalam lubang tapak rumah itu.Ada
juga ahli sihir yang ditanam hidup-hidup.Ada suara-suara sumbang
mengatakan , wajah-wajah yang muncul dirumah Maria Gomez itu menuntut
menuntut pengampunan dan pengebumian yang sempurna.
SUMBER
Tuesday, 19 March 2013
Filled Under:
kisah misteri dan seram
KISAH SERAM !! MISTERI KEMUNCULAN WAJAH HANTU DIPERMUKAAN LANTAI
Posted By:
zamri spoon
on 01:00
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment